Laman Webantu   KM2A1: 2308 File Size: 9.3 Kb *



UMNO; Dungu lagi Angkuh
By Kubang Pasu

13/3/2000 8:32 pm Mon


UMNO; Dungu lagi Angkuh:

Bukan salah ibu yang mengandung tetapi kemungkinan besar salah tangan yang memangkah dan minda yang malas berfikir. Justeru itulah cengkaman demi cengkaman dan penindasan demi penindasan yang berkesinambungan bergenerasi generasi terhadap ummat Muslim di serata dunia, khasnya terhadap para pejuang Islam yang ingin menegakkan kebenaran dan keagungan Agama Allah di mana sahaja mereka berada. Hinggakan pemerintah yang kononnya beragama Islam sendiri yang lebih keterlaluan di dalam penindasan dan kezaliman mereka terhadap Islam berbanding pemerintah yang kafir.

Namun terdapat masih ramai golongan ummat Islam sendiri yang kurang yakin dengan pembentukan daulah Islamiah mahupun tidak yakin dengan kemenangan Islam sehinggalah datangnya Imam Mahadi untuk membebaskan Islam di bumi Allah ini. Ini merupakan pandangan golongan yang sudah berputus asa di dalam perjuangan ataupun golongan Islam yang dangkal ilmunya ataupun golongan yang never give a damn to Islam, yang hanya Islam bila Hari Raya, kenduri kahwin dan bila mati sahaja, inilah golongan yang teramai sekali di mana mana sahaja. Yang mereka tahu dan mahu hanyalah membesarkan tembolok, membucitkan perut, menimbunkan harta dan bersenang lenang sahaja, yang penting matlamat mesti menghalalkan cara! Inilah golongan pengamal totok ‘perutism’ yang menjadi budaya Parti Kebangsatan Bolehland iaitu UMNO.

Contoh yang terdekat dan tepat ialah negara kita sendiri Malaysia a.k.a. Bolehland yang mana dipimpin oleh seorang “Adi Jagat”, jurucakap Dunia ke 3, pimimpin Islam yang dinamik, bapa pembangunan, dan yang terpenting sekali bapa Mirzan iaitu Mahathir Mahafiraun! Tidak perlu diulas lebih panjang lagi tentang lain lain gelaran dan ampu bodek yang menyebabkan kembang kempis lubang hidungnya, kerana itu semua sudah meloya untuk kita dengar, tambahan pula satu sessi “penyembahan” penganut Mahatirism akan diadakan di dalam bulan Mei ini yang PAStinya akan bergelumang dengan segala jenis SHIT dan muntah-berak-kencing puak puak jembalang dan puaka ini. Maka akan hancing dan hamislah seluruh PWTC kalau tidak pun KL ketika itu.

Akan kelihatanlah pemimpin pemimpin yang kononnya pejuang dan penegak bangsa dan Agama jantan betina, yang begitu bacul, jijik dan hina di mata rakyat, namun dengan penuh lagak sombong, angkuh dan hipokrit berjalan dan berucap mendabik dada seolah olah tanpa barisan mereka negara akan menjadi “Tak Bolehland”. Maka berebut rebutlah mereka jawatan dan kuasa yan mana berbaki seumpama sekumpulan anjing anjing hutan merebut bangkai rusa yang ditinggalkan oleh singa. Akan diusulkanlah berbagai bagai ampu bodek untuk mengembangkan lubang hidung sang Mahafiraun kerana takut dimurkai. Maka segala usul bertaraf “gila babi” pun akan dibincangkan umpamanya mengharamkan pertubuhan pertubuhan menggunakan perkataan Islam, parti Islam serta segala jenis larangan terhadap kemajuan Islam!

Tidak perlu kita merasakan suatu keanihan kerana memanglah bukannya Parti Kebangsatan ini menghayati Islam jauh sekali daripada hendak mendaulatkan Islam sebagai cara pentadbiran. Inilah tamaddun yang dikatakan oleh seekor betina (mungkin seketurunan Mahafiraun) wakil pos Lembah Pantai. Adakah PAS jahilliyah dengan mendaulatkan Islam di dalam segala aspek pentadbiran partinya ataukah BN dan Parti Kebangsatan sendiri yang menyerlah jahilliyahnya, dahulu, kini dan selamanya….? Apakah tidak jahilliyah dengan menganjurkan pesta arak, seks dan pergaulan bebas di kawasannya sendiri, semasa menyambut alaf baru di bulan Ramdhan Al Mubarak, dan ketika perhimpunan agung parti Kebangsatan itu sendiri?

Tunggu dan lihatlah dari segi akhlak, pakaian dan fesyen “tabbaruj” yang betinanya semasa datang… fuhhh, mulut merah Sharizat pun pasti akan lebih merah dari bontot kera bunting, itu belum lagi bulu mata palsu yang mengalahkan bulu mata lembu bangla, apa lagi kening halus yang dicabut akan mengalahkan sami siam, nuun! Jambul, tocang dan sanggul tak payah ceritalah, penuh saloon dengan puak puak Betina Parti Kebangsatanlah ketika itu. Berapa peratus agaknya yang akan menjaga aurat sebagai muslimat yang solehah? Solat…..??? Mintakan tok mufti Ka#sim Laknat dan a#stora Jubur tolong fatwakan, mungkin tak wajib, kerana mereka datang untuk mengadap dan memuji muja mahadewata, agaknya satu ibadat yang lebih mulia daripada solat itu sendiri. Apa lagi apabila bercampur bebas dan bersalam salaman sesama jantan betinanya dan akan terdapat yang terus mencium tangan pemimpin atasan pun, tengoklah nanti! Apatah lagi dengan mencalonkan penjenayah betina celupar sebagai ketua betina kebangsatan, btgrfertamaddun atau jahilliyah kah itu wahai YB Timbalan Menteri Jabatan Mahafiraun? Rabb manakah yang kamu sembah dan kitab manakah yang kamu jadikan panduan ? Sunnah Nabi Muhammad SAW ke suruhan Mahathir Mohammed Kutty yang kamu nak laksanakan ?

Sekonyong konyongnya terdengarlah bunyi di bahagian Tanah Merah (yang jantan sikit) yang cuba “come back to civilization” dengan keberanian mereka mencalonkan lawan menentang Mahafiraun. Maka menguak, menyalak dan berkokoklah lembu lembu mandul, anjing anjing kurap dan ayam ayam puru yang jantan betinanya sahut menyahut di dalam Parti Kebangsatan menyatakan kesal dan marah kerana kononnya tidak menghormati nasihat MKT. Bergendang gendut, berpalu palu dan nyaring menyaringlah bunyi sumbang tin tin kosong dan gendang gendang dusta Mahafiraun yang terdiri daripada Utusan, NST, BH dan TV3 suku mengulangi segala latah dan carut pemimpin parti Kebangsatan itu siang malam.

Memanglah lumrah, yang jantan menunjukkan kejantanannya, yang marah menunjukkan kemarahannya dan yang berani menunjukkan keberaniannya bukanlah seperti ketua Pondan Parti Kebangsatan, yang dungu menunjukkan kedunguannya, yang bacul menunjukkan kebaculannya dan yang malu, menunjukkan ???nya. Reaksi reaksi dangkal dan sempit akal ini semakin jelas menampakkan betapa Mahafiraun bukanlah seekor pemimpin hatta kepada mana mana golongan sekalipun kerana mempunyai jiwa yang bacul, dayus dan pondan. Dia hanya kelihatan berani kerana dipagari oleh Hamman Hamman dan Qarun yang mampu menipu, mengugut dan merasuah sesiapa sahaja untuk terus berkuasa. Ditambah pula dengan membela sekandang anjing anjing bukit di Bukit Aman, hakim hakim beruk dan beruang di mahkamah sarkis dan tukang tukang karut pendusta di media media ma#sa, maka lengkaplah sebuah konspirasi yang terkutuk dan terzalim dalam negara Bolehland ini. EMPAT PULUH TIGA tahun kemerdekaan yang sebenar benarnya telah dipersia siakan dan dikhianati oleh Parti Kebangsatan atau UMNO yang bukan sahaja menodai dan mengaibkan maruah bangsa ini, malah sanggup mengkhianati dan menghina Agama Islam yang suci lagi mulia.

Adalah dinasihatkan kepada semua pengundi pengundi Islam khasnya dan lain lain amnya yang layak mengundi di kawasan Sanggang agar mengambil segala iktibar dan pengajaran kerana tersilap memilih dalam pilihanraya yang lalu, nahhh 1 April nanti jadikan ianya sebagai satu tugu kenangan untuk BN dan Parti Kebangsatan di Sanggang. Matikan UMNO/BN di kawasan anda dan jangan dibiarkan wabak ampuism, perutism dan baculism bermaharajalela lagi di situ. PAStikan nama Sanggang terkenal di seluruh dunia dengan berita muka depan akhbar akhbar pada 2 April dengan tajuk "BN dipanggang di Sanggang", insyaallah!

Makanya kita semua, yang takutkan ancaman azab Allah, berpegang teguhlah kepada segala suruhanNya di samping bertawakkal di dalam ketentuanNya. Sebagai catalyst untuk terus membakar dan berjuang mengembalikan HAK HAK Allah pada tempatnya, hendaklah jangan sedikit pun kita melupai tragedy daripada episod ini yang begitu mengaib dan mencabar kita semua sebagai sebuah bangsa yang berakhlak dan ummat yang beragama suci dan mulia. Sejarah ini perlulah kita abadikan dan jangan dibiarkan berulang di samping kita semua daripada sekarang teruskan usaha dengan penuh istiqomah berjuang terus terusan hatta andai sebuah kemenangan itu memerlukan titisan darah dan nyawa sebagai cagarannya. Ingatlah janji janji Allah tentang istiqomah di dalam Al Quran;

“Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah,
sedang dia orang yang berbuat kebaikan,
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh.
Dan hanya kepada Allah lah kesudahan segala urusan.” ~ (Luqman:22)

Juga penghargaan Allah terhadap para syuhada’;

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mukmin,
diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.
(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam
Taurat, Injil dan Al Qur’an.
Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah ?
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,
dan itulah kemenangan yang besar.” ~ (At Taubah :111)

Wallahuwa’alam.


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAHHIL HAMD !!!


al hakkir illallah,
~ Kubang Pasu.