Laman Webantu   KM2A1: 2305 File Size: 2.7 Kb *



Re: Bunuh character atau bunuh diri
By web aNtu

12/3/2000 5:15 am Sun


a#salamu 'alaikum wrbth.

Tapi byk pemimpin N bekas pemimpin umno dibunuh samada di dalam mahkamah ataupun diluar mahkamah! (termasuk AI - sorry lah puak2 reformasi - ini komen agak heavy sikit). Ada yg dibunuh kerana memang salah (ikut kitab firaun) N ada yg ikut kitab hamid othman (quran ke?). Yg dibunuh luar mahkamah ada yg pakai pistol, kapak, parang N ada yg pakai bomoh sampai putus kepala, kaki N tangan (ngeri beb).

Ada yg sakit tapi tak mati2 lagi. Ada yg terus buta tak celik2 bila ditikam sedemikian rupa dlm umno. Apa yg saya respect kat AI ni satu saja - beliau sanggup menanggung risiko. (Termasuk risiko masuk bawah ketiak Mahath1r dulu dari ABIM). Risiko pertama menyebabkan beliau menang dihati umno tapi tewas di hati rakyat (macam aku ni?) manakala risiko kedua menyebabkan beliau kalah di hati umno tapi menang di hati rakyat.

Era mahath1r menyaksikan ramai ahli2 umno yg cuba berdiri begitu mudah ditumbangkan, tapi kali ini lawan beliau masih belum mati2 walaupun sudah ditembak berkali2, diheret kebukit beberapa malam, dibuang ke sungai buloh, digigit oleh ramai anjing2, digertak dgn komando tutup muka, N dibom dgn asap2 yg pedih serta dimachine gun dimahkamah dgn rakaman video. Bukan sahaja rakyat, malah peguam2 beliau pula telah dianiaya sedemikian rupa dgn memecah masuk pejabat N menghancurkan cermin kereta.

Tindakkan umno terhadap harakah membuktikan bahawa umno memang lemah N tidak dapat menangkis hujah2 dlm harakah secara efektif walaupun harakah cuma 'serang' dua kali seminggu sahaja di atas kertas, sedangkan puak2 umno mempunyai tv, radio 24 jam, akbar (2x5) setiap hari. Tepat kata Kubang PASu - they are firing blanks!"

Yg penting kita sudah tahu kelemahan UMNO - UMNO tidak dapat menjawab byk persoalan - maka umno cuba menutup ruang utk persoalan tersebut. Salah satu soalan yg menghantui umno sampai sekarang ialah kenapa AI tidak diadili di mahkamah syariah sekiranya umno betul2 memperjuangkan Islam?

Perjuangan membongkar N mempersoalkan tindak tanduk pemimpin UMNO mesti diteruskan, kerana luka2 yg kecil ini lama2 akan menjadi dalam N jika dibiarkan berpanjangan, ia akan meragut nyawanya sendiri. Tapi percayalah - tidak ada yg dapat menyembuhkan luka2 ini selagi ubatnya bukan 100% Islam!

"U can kill the revolutioner, but u can't kill the revolution."

Sekian N Selamat Berjuang!!


Link Reference : Proxy list 2000/02