Laman Webantu   KM2A1: 2294 File Size: 3.2 Kb *



Mesyuarat UMNO Kubang Rotan
By Kubang Pasu

4/3/2000 4:08 am Sat



a#salamualaikum wr wbth, ukhuwwah sekelian;

Berita benar kisah mesyuarat UMNO Kubang Rotan (kawasan MB Syed Razak) iaitu beberapa kali dipanggil pun attendance tak pernah cukup korum, so S/U pun palsukanlah senarai kedatangan, buat sendiri tandatangan dan laporan mesyuarat yang sudah PAStinya tidak sah, bukankah UMNO memang sentiasakan berpaksikan kepada yang tidak sah sahaja, kan? Menang pilihanraya secara yang tidak sah, mengekalkan kuasa secara yang tidak sah, memerintah secara yang tidak sah, dapat jawatan secara yang tidak sah, sidang Parlimen secara tidak sah, apakah agaknya rezeki yang dibawa balik hasil gaji dan elaun yang diperolehi untuk sumbat mulut anak bini juga tidak sah? wallahuwa'alam... ini kena tanya Ust.a#stora Jabat, Mufti Ka#sim Laknat dan Syekh "Mid non Bidin" untuk fatwa, kang kita cakap kena saman pulak!

Yang lagi syoknya ialah, kini barulah barua barua kampong di Kubang Rotan tau dan merasakan penangan kerana mengundi UMNO masa pilihanraya lalu. Seorang tu baru baru ini merungut rungut sebab pinjaman biasiswa anaknya yang menuntut di salah sebuah IPTA telah ditamatkan separuh jalan atas alasan "gawat"! Itu baru lebih kurang RM 400 sesemester! Yang digunakan untuk pembaziran bermillion million untuk mengampu dan membesarkan temolok pemimpin dibolehkan, nak bagi pinjam kat anak ahli UMNO sendiri pun kedekut taik hidong masin! Alahaiii UMNO!

Nak dijadikan cerita pula malam tu rumah seorang orang kuat UMNO di situ buat kenduri dan tahlil (ingat juga kat Allah yek?) kerana nak ke Makkatul Mukarromah, so aku tanyalah kenapa "brother" yang seorang ni tak pergi sama, selamba saja dia jawab..."dia (tuan rumah) tu orang BN!" Aik... pelik juga, dulu dia ni pun sakan sungguh seronok bila Syed Razak dilantik jadi MB juga pun bukan sikit pekat UMNO nya, sekarang dah kena tipu bulat bulat dengan Syed Razak, baru sedar bahawa perjuangan dan pembelaan yang sebenar ialah melalui BA, iaitu PAS dan KeADILan!

Perihal Syed Razak arahkan MADA agar tidak melepaskan air empangan MUDA, bukannya kerana sayangkan sangat nasib 65000 petani di kawasan pertanian MADA, tetapi nak jaga bendang bendangnya yang berpuluh puluh relung di kawasan Kubang Rotan tu, ini juga maklumat yang hanya orang Kubang Rotan saja yang tahu. Kalau tak kerana bendang dia yang akan tenggelam sama, grenti dia sudah akur dengan pengusaha resort padang golf di Pedu tu supaya air dilepaskan biar tenggelam bendang asalkan padang golf selamat! Inilah dia sikap pemimpin BN yang hanya mengamalkan "ampuism, baculism dan perutism" semata mata.

Makanya, yang pasang sticker warna merah "Dulu, kini dan selama lamanya" tu lebih baik buat solat istikharah malam malam dan banyakkan membaca Al Quran serta pohonlah petunjuk hidayah daripada Rabb maha pencipta kita agar tidak terpinga pinga di hari akhirat nanti.....undi lagi BN!

Wallahuwa'alam & Wa#salam.

~ Kubang Pasu.