Laman Webantu   KM2A1: 2289 File Size: 5.3 Kb *



Re: update lapuran ceramah AU1 - Dogol
By web aNtu

2/3/2000 10:05 am Thu


Berita dari AU1 (via Dogol):-

1- harakah hanya di benar sebanyak 2x sebulan..

2- ceramah di AU di hadiri lebih kurg 10,000 orang. Penceramah2 antaranya ialah

Ust Sallehuddin:-

Membincangkan mengenai dlm bab2 suruhan tuhan kita tak boleh guna logik utk berdaleh2. Contohnya Nabi Ibrahim mematuhi suruhan tuhan agar menyembelih anak beliau. Nabi Ibrahim tak byk soal - ikut 100%, Buku sejarah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim memejam mata masa menyembelih - dan bila beliau membuka mata didapati kibas yg disembelihnya.

Turut dibincangkan bagaimana kita di datangi oleh beberapa peluang2 baru sprt di dun Pahang dan parlimen Melaka... insya Allah. Dugaan seterusnya ialah penangkapan2 bersiri selepas p/raya terhadap Karpal Singh, Marina Yusoff, Ezam dll. UMNO menyangka dgn memburu N menangkap mereka ini kerana pendedahan2 korup UMNO perjuangan kita akan lumpuh - tapi percayalah sebenarnya ini semua adalah bara2 yg akan menyalakan lagi api reformasi.

Azmin Ali :-

Menceritakan kekejaman BN yg merobohkan gerai2, rumah2 setinggan, membiarkan sampah tidak diangkut sebagai 'hukuman' rakyat hulu klang tidak mengundi BN. Beliau menceritakan puak2 umno mahu beliau masuk penjara supaya puad dapat jadi adun balik, sebab itulah AG mahu Azmin dibicarakan semula dlm kenyataan penyeksaan polis terhadap beliau. Menurut Azmin beliau bermimpi Ezam masuk jail, dan Ezam juga bermimpi Azmin masuk jail...

Azmin membawa pesanan dari AI dari mahkamah semalam iaitu 'jangan biarkan diri ditipu N di lalaikan oleh kebendaan'. Azmin menceritakan perjuangan nabi Musa (as) yg dikepung sehingga tiba di pinggir laut merah. Pejuang2 bersama Nabi musa (as) dikepung N dikejar - mereka tidak dapat lari. Tetapi Allah menyruh Nabi memukul laut dgn tongkat - dan hasilnya 12 lorong menjelma tiba2. AKhirnya Nabi musa (as) selamat, tetapi Firaun yg cuba mengikuti lorong itu mati lemas apabila laut bercantum kembali semasa dia berada ditengah2.

Azmin membidas puak2 umno yg mengeluarkan 'fatwa' bahawa org yg ditimpa musibah adalah org yg tidak disayangi/kutuk Allah. Pandangan ini tidak betul, kerana Nabi2 lah yg paling byk ditimpa musibah sedangkan mereka lah org yg paling disayangi tuhan. Ada nabi2 yg dibakar, diracun, dibunuh, diseksa, dituduh gila, dituduh mengarut, dihina N dikecam masyarakat tetapi mereka tetap berjuang!

Lain2 cerita termasuklah puak2 umno yg tidak minat pergi mesyuarat - setakat ini tidak ada mesyuarat mereka di dun hulu kelang yg melebihi 10 orang!

Akhir sekali Azmin menegaskan bahawa beliau sendiri tidak penting, perjuangan itu sendiri yg penting. Beliau rela ke penjara kerana kebenaran. Hari ini org yg merompak di Kem Pedagangan tidak diapa2 kan, manakala perogol Melaka tetap bebas kerana mereka "terpelihara". Kalau rakyat biasa, mereka bukan sahaja kena seksa N tahan, malah ada yg sampai mati kena soal siasat oleh polis.

Dr Hasan Ali N Ruslan Ka#sim

Ucapan kedua2 pemimpin ini sangat hebat - sampai tak tertulis oleh saya. Ucapan Dr Hasan sungguh menarik. Antaranya ialah mengenai sikap adun umno yg tidak professional N bersungguh serta mengampu lebih dlm sidang. Kebanyakkan mereka tak pandai N tidak tahu menjawab soalan. balik-balik kami akan, kami masih, dll lagi. Pendek kata mereka bukannya menjawab soalan tetapi mempersoalkan serta menjauhi persoalan! Wakil2 BN byk yg asyik minum kopi masa persidangan sehingga kadang kala tak cukup korum N loceng terpaksa dibunyikan berkali2. Bila mereka berucap pula, ampunya terlebih2, samapi nak termuntah Dr Hasan oleh karenah puak2 umno ni (hadirin tertawa).

Selain itu Dr Hasan menegur sikap kerajaan umno yg tidak memberi sebarang laluan utk adun pembangkang menggunakan sebarang kemudahan2 sprt dewan, surau, padang dsb walaupun itu harta rakyat, bukan harta umno. Salah satu majlis latihan urus jenazah terpaksa dibatalkan N kursus mendidik anak2 nakal pun di tamatkan disebabkan campur tangan umno.

Dr Hasan menyeru pendengar berusaha mendapatkan ahli2 PAS yg baru N menubuhkan cawangan2. Beliau mendedahkan bahawa umno sebenarnya takut kalau rakyat berilmu - sebab itulah harakah, ceramah2 BA, majalah detik, N cerita mengenai Islam diputar belit N disekat sedemikian rupa. Di kawasan2 cina, BN mengedar risalah 13 mei utk menakutkan pengundi2 cina semasa p/raya yg lalu.

Yg menarik, Kajian SPR menunjukkan kebanyakkan pengundi baru adalah org2 muda, ie 70%. Kalau dikaji keputuan p/raya, BA byk kalah di saluran 1 & 2, iaitu saluran org2 tua. Di saluran lain, di mana pengundi lebih muda, BA menang. Ini menunjukkan rakyat yg bermaklumat amat digeruni umno.

Lain2 cerita ialah bagaimana forum/dialog hj hadi dgn org2 cina yg berakhir dgn kejayaan sehingga mereka (org cina) ini berdiri (standing ovation) sebagai menghormati N menyanjung tinggi N berpuas hati kpd penjelasan hj hadi mengenai kedudukkan N hak org2 cina dlm pemerintahan Islam.

(Lapuran ini diolah oleh webmaster dari laporan ringkas sdr Dogol)

Sekian N Selamat Berjuang!!






Link Reference : Proxy list 2000/02