Laman Webantu   KM2A1: 2288 File Size: 1.3 Kb *



KM2 tetap hidup
By Dogol

1/3/2000 6:05 pm Wed


Saya setuju. Ramai yang masuk tetapi tidak ingin menulis kerana merasa agak
lambat lagi untuk pilihanraya. Selain itu ada yang sudah pakai nickname
lain dan gaya tulis berlainan untuk nampak lebih anonymous.

Saya sendiri sudah pakai lebih berpuloh-puloh nick tapi dalam forum ini sekadar dua tiga sahaja nick. Saya perhatikan beberapa penulis mendapat peminat tersendiri dan tidak semua pelawat membaca semua link. Ada pula yang suka baca link yang tinggi hitnya.

Mengenai webmaster lain saya rasa mereka sewajarnya membuang link shit dalam laman masing-masing kerana ramai yang tidak membasuh najis-najis ini dalam laman mereka.

Lebih baik kita ada sedikit laman tetapi bermutu daripada banyak laman tetapi teruk-teruk dan tidak bersungguh belaka. Saya rasa failure rate laman reformasi ini lebih kurang 90% - memang patutlah kita kalah pilihanraya. Pengguna internet cuma 600,000, itupun yang aktif tidak sampai 10%. Daripada1 10% ini, hanya 20,000 sahaja yang menggemari reformasi. Yang lain bermain mouse dan keyboard sahaja.