Laman Webantu   KM2A1: 2285 File Size: 2.8 Kb *



Re: 2K = Korek dan kebas & webmaster lain zalim?
By Insaf

1/3/2000 1:33 am Wed

Sudah lama saya tak berforum tapi walu bagaimana pun saya bersyukur kerana forum ini tetap hidup. Saya berasa hairan kenapa laman ini tidak ada dalam senarai laman-laman top reformasi? Adakah kerana forum ini tidak mengutamakan Anwar Ibrahim?

Saya sendiri tidak bersetuju kalau kita terlampau condong kepada Anwar kerana Anwar hanyalah seorang manusia yang pernah membuat kesilapan. Sikap webmaster laman-laman lain sungguh menyedihkan - malah ada yang mengambil artikel dari laman ini tetapi tidak membuat sebarang link langsung ke laman ini.

Saya telah masukkan link ke laman ini dalam ruangan links laman di tranung (bukan laman depan). Sewajarnya webmaster tranung dan lain-lain webmaster memasukkan laman ini dalam muka hadapan. Dalam laman reformasi mahazalim pula, ada beberapa link ke forum yang tidak aktif serta rosak seperti come.to/warong dan malaysian.net forum. Sarawak talk pula kekadang dipenuhi dengan isu-isu dakyah kristian. Sewajarnya webmaster tersebut membuat sesuatu sebelum terlambat.

Saya rasa sikap sesetengah webmaster ini tidak patut kerana laman ini semakin tidak diketahui orang - kecuali penulis-penulis dan peminat-peminat setia laman ini.

Saya tidak menuduh webmaster-webmaster semua sebagai zalim - itu saya sengaja masukkan dalam tajuk supaya ramai membaca isu penting ini. Laman webantu sudah lama (kalau tak silap lebih lama dari laman mahazalim) tetapi semakin dipinggirkan oleh laman-laman baru. Laman ini mempunyai ramai penulis-penulis berbakat serta beberapa pakar maklumat seperti

Kubang Pasu, AJB (anak jati baling), Justice Seeker, Pak Haji, Panji Tengkorak, tv3, S'seng doimoi, Magnum PI, aNgah, ummi nasuha, wak, sahabat, tukang 4ward, lela, Mat Siam, Phylangzzz,Tukong Ikan, UM graduate dan technorat seperti Forum Hacker & Pegawai anti Jaring,lela, Ahmad Az, Xis, makcik dan ramai lagi yang tidak dapat saya ingat. Kualiti penulis-penulis forum ini cukup tinggi tetapi kemana menghilang semuanya?

Sikap kita ini akan mentertawakan musuh-musuh kita. Sekarang ini gerakan reformasi kehausan artikel-artikel bermutu tinggi. Saya tidak aktif menyumbangkan artikel kerana kurang idea serta segan sedikit kerana bimbang mencemari kualiti forum, akan tetapi saya akan tetap bersama forum ini selagi ia masih ada.

Saya kekadang mengalami masalah dengan forum ini tetapi saya akan menghantar artikel terus melalui email jika tidak dapat posting. Mungkin beberapa rakan tidak masuk ke forum kerana kesilapan teknik (seperti pa#sword) tetapi sewajarnya artikel-artikel di hantar juga melalui email kepada webmaster.