Laman Webantu   KM2A1: 2284 File Size: 3.6 Kb *



Belanjawan 2 k = 2 kroni
By web aNtu

29/2/2000 12:11 am Tue


Memandangkan tak ramai yg komen pasal belanjawan ni, terpaksa jugak aku sentuh
sikit pasal topik ni. Aku ternanti2 komen dari dr jomo, tapi tak dapat.
Oleh itu aku ulas sedikit berdasarkan pemikiran aku yg tak seberapa ini.


Ada dua perkara penting dlm belanjawan ini - iaitu

1= memudahkan korek duit kwsp
Dgn mengeluarkan wang2 dr KWSP, kita sebenarnya 'menolong' syarikat2 IPTS ini menaikkan kos mereka. Ini juga merupakan rompakan berlesen tanpa kita sedari. Kerajaan tidak menekan IPTS tetapi menekan rakyat. Ini umpama tol jalan, di mana pintu tolnya ialah yuran2 itu N ini. No fees no certificate babe...

2= memudahkan keparat2 korek duit bank - bila rugi dapat bail out/gov take over. Kalau bank kedekut sangat hidung besar ni tak susah - dia korek aje apa yg ada dlm petronas pula.

3- Target/sasaran utama belanjawan ini tidak lain tidak bukan - ialah para pelajar2! Mengapa para pelajar? Sebab mereka inilah yg akan menggoncangkan kerajaan sekiranya tidak diberi gula2 secukupnya mulai sekarang!!!! Kebayakkan pengundi baru 680,000 itu adalah para pelajar!

Ramai pihak bercakap tentang imbuhan2 baru - esp mengenai peruntukkan2 utk mengeluarkan wang (wang sendiri beb - bukan wang kerajaan N bukan wang kroni) dgn lebih mudah dari dana2 kita sendiri dlm kwsp N arahan2 kpd bank2 yg bergabung itu supaya melonggarkan syarat2 pinjaman supaya kroni2 keparat yg dah nak bangkrap itu boleh sapu lagi! Kalau Daim, dlm ucapannya menuduh ada pihak2 tertentu mempunyai agenda2 - hmmm - betul ke?

Menurut sumber2 aku, Daim sendiri yg ada agenda. Sasaran belanjawan kali ini ialah utk memastikan semua IPTS dapat meng"kebas" N menyapu licin duit2 org2 yg susah dlm kwsp. Belanjawan sebenarnya memberi 'lesen' N 'green light' supaya duit2 kita dlm kwsp digunakan utk menolong IPTS!

Selain itu belanjawan ini juga membenarkan mengeluarkan wang dari kwsp utk membeli PC. Nampak macam kerajaan nak pastikan % celik IT meningkat. Betul ke? Sebelum kita jwb bab ini, kita check siapa yg besar kemungkinan beli PC ni? Kebanyakkannya ialah pelajar lagi - betul tak? Ini gula2 yg manis tapi awas babe - byk gula boleh kencing manis. Selain itu jangan lupa - beberapa syarikat2 kroni keparat sudah mula melabur dlm bidang IT. Jika tak ada consumer macam pelajar2 ini mana mereka nak cari pelanggan? ke cari dari Oversea ? Perbelanjaan2 besar utk MSC akan menjadi gajah putih kalau tidak ada sokongan ...

Belanjawan kali ini sebenarnyaa membuktikan bahawa kerajaan baru 'sedar' polisi IPTS mereka telah MENYUKARKAN hidup rakyat! Malangnya yuran yg tinggi tak turun2 tapi duit kita yg tinggi2 dlm tabung2 kita terpaksa di cukur N diturunkan parasnya utk mengenyangkan syarikat2 IPTS ini! Kerajaan lebih rela membuat mahligai sebiji dari menolong beribu2 rakyat mencari pendidikkan utk menyara kehidupan mereka di hari2 yg menanti.

Jelaslah sebenarnya belanjawan ini adalah salah satu lagi perniagaan Mr Daim yg ramai antara kita kurang celik. Inilah agenda 'tertentu' Daim yg sebenarnya - Dlm perniagaan style Daim yg sebegini ada pihak yg untung N ada pihak yg rugi. Biasanya semua org ingat dia sudah untung - tetapi bila sampai episod2 yg terakhir dlm pemainan Daim ini byk pihak yg rugi. Sekarang tanya diri sendiri - siapa yg akan untung N siapa yg akan rugi?

Sekian N Selamat Berjuang!!


Link Reference : Proxy list 2000/02