Laman Webantu   KM2A1: 2283 File Size: 3.3 Kb *



Startegi open Ku Li - Dogol
By web aNtu

27/2/2000 12:26 am Sun


Setakat ini semua pihak berada dlm dilema - bertanding ke tidak ku li kali
ini. Dilemma sprt ini mungkin strategi dahsyat Ku Li yg byk pihak2 sebelah
hidung besaq menjadi tak tentu arah - nak serang ke tak nak serang? Apabila
Ku li membuat kenyataan bahawa beliau ada rancangan tersendiri - maka bertambah
deras lagi pantas degup2 jantung puak-puak ini - tapi Ku Li asyik2 bagi
hint aje!

Jika diselami pemikiran Ku Li - mungkin kita udah nampak sedikit apa yg tersirat dlm hati beliau. Ku Li adalah seorg reformer - iaitu seorg yg inginkan pembaharuan N kelainan. Beliau melakukan sesuatu yg org lain belum pernah buat. Keberanian beliau mencabar president satu masa dulu adalah salah satu bukti bahawa Kuli memang bukan sebarangan org N sudah lama ingin mereformasikan serta membersihkan umno dari puak2 hidung besaq ini. Malangnya reformer umno ini kecundang kerana puak2 umno ini bukannya memperjuangkan hak2 org melayu - tetapi menggadaikan maruah N harta org melayu sendiri utk kepentingan diri N kroni2. Sebab itu bila Ku li tewas, puak2 oportunis umno ini tidak bersama beliau, dan antara yg terawal sekali ialah pak lah sendiri!

Menyedari sikap ahli2 umno ini, Ku li mengambil langkah awal yg hebat - terbuka - ie open choice. Ahli2 umno kebykkannya suka menyeberang bila tanda2 sudah nampak jelas, jadi bila Ku Li tidak menyatakan pendiriannnya dgn jelas, puak2 umno ini terpaksa berfikir dua tiga kali N menjadi talam dua muka. Bagi Ku Li beliau perlu mengukur terlebih dahulu sebelum mengharungi sungai. Kalau dalam sangat nanti lemas, kerana dlm umno tidak ada pihak yg akan menyediakan pelampung bila sudah berada ditengah2 sungai. Pelampung akan tiba hanya bila lawan pun nak lemas jugak kerana nun di atas darat sana byk sangat manusia2 yg sudah kelaparan N kebuluran sokongan. Ku Li tahu Mahath1r suka mengambil kesempatan. AI digunakan oleh Mahath1r utk mendapat sokongan kerana gerun kpd kesedaran Islam seluruh dunia akibat revolusi Islam di iran. Kali ini Ku Li pula digunakan utk menawarkan bisa2 penyokong2 AI dlm UMNO - dgn bilangan undi mereka nanti. Akan tetapi Ku li mungkin dapat membaca lebih awal - puak2 AI ini mungkin akan menyokong beliau jika beliau bertanding.

Saya berpendapat Ku Li sedng memerhatikan beberapa faktor2 lain sebelum terjun. Antaranya ialah faktor ekonomi N faktor mahkamah (kehadiran Mahath1r di mahkamah) Jika negara dilanda kemelesetan sebelum perhimpunan agung nanti Ku Li mungkin boleh terjun. Sebab itulah butir2 cerita mahkamah kini tidak didedahkan, sebaliknya penyeksaan warga asing pembantu rumah yg digempar gempurkan. Dlm hal ekonomi pula - bank2 sudah digabungkan kpd 10 buah. Puak2 umno ini memang sudah lama gian nakkan duit2 dlm bank ini - dan belanjawan terbaharu sengaja dibuat utk melobi puak2 ini. Jika puak2 ini senang dapat duit, mereka akan melupakan Ku Li.

Menyedari ketidak tentuan puak2 umno ini, maka lebih bak Ku Li bersikap terbuka terlebih dahulu. Kalau pandai membaling batu, lama2 kena sasarannya juga.

Sekian N Selamat Berjuang!!




Link Reference : Proxy list 2000/02