Laman Webantu   KM2A1: 2255 File Size: 3.3 Kb *



RAHSIA...Untuk Ahli ameno Sahaja
By tv3

6/2/2000 7:00 pm Sun


a#salamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua PEJUANG REFORMASI

Artikel ini ditulis dari bilik penyilidikan tv3. Walau pun pihak "Penerbit" sedar yang ia nya tak ubah seperti "menyiram air didaun keladi", ia nya tetap disiarkan, dengan harapan kepala OTAK BONGGOL ahli Pertubuhan Kebangsatan Melayu Berkecai (PKMB) masih ada ruang, walau sebesar hujung mata jarum, untuk menerima DAN seterusnya "register" dan berfikir. Jangan bertindak balas lagi. Kerana itu diluar keupayaan engkau orang sekelian. Kami faham yang engkau orang bertaraf MORON. Jadi pelan pelan.....bawak bertenang.......fikir dulu!

Ingat tak engkau orang yang perlembagaan PKMB baru diubah? Bahawa untuk pencalunan Presiden, mesti mendapat sekurang kurangnya 30% pencalunan dari Bahagian? Ingat tak dulu ada undi bonos (10)? Apabila ini "makan tuan", ia nya dipinda? Makna nya, untuk berentap dengan Fir'aun, lawannya mesti mendapat sekurang kurangnya (lebih kurang) 52 pencalunan. Tentu engkau orang tahu, duduk dibawah cengkaman Fir'aun ini bukan lah satu yang mudah. Mengapa? Sebab hanya segelintir sahaja ketua bahagian PKMB yang tidak "berkepentingan". (Seperti artikel terdahulu, berkepentingan bermaksud sama ada, 1- bergelumangan TAIK, atau, 2- jaga tempolok). Majority besar (80-90%) Ketua Bahagian terbahagi kepada salah satu dari gulungan yang 2 ini, atau pun kedua dua nya sekali. Mereka sangat "vulnerable". Mudah diugut atau digula gulakan. "Bahagian engkau, pencalonan, Ketua...Fir'aun. No 2 Dolah B. Kalau tidak?....". Begitu lah kaedah nya untuk memendekkan cerita.

Ini satu kenyataan! Ini SEDANG giat dijalankan, sama ada oleh Fir'aun sendiri, Dolah B, Khalil Accob atau Ketua Perhubungan Negeri. Jangan sesiapa cuba untuk menidakkan hakikat ini!

Kalau ini tidak cukup KEJI, bayangkan. Sudah ada satu perancangan kontigensi. Katakan lawan (tak kira siapa lah...)......katakan Ibrahim al-Kataki mendapat 58 pencalunan melawan Fir'aun. Percayalah, 7 pencalunan akan tidak dikira diatas sebab sebab teknikal! Tinggal 51. Tak cukup. Tak ada pertandingan......"Yea yea....."AKU" menang lagi!!!!!"

Inikah sistem yang masih diperjuangkan? Tak perlu menyandang PhD Sains Politik. Atau seorang yang bertaraf genius. Hanya sebagai manusia yang sederhana pembelajaran, seperti kami di tv3 yang tak pernah seumur hidup menjadi ahli mana mana parti politik, pun boleh melihat. Fikirkan....SEBAGAI SEORANG AHLI YANG MEMBAYAR YURAN TAHUNAN, TIDAK KAH SECARA OTOMATIS MEMPUNYAI BEBERAPA HAK? TIDAK KAH HAK YANG PALING ASAS IALAH UNTUK MENCALUN, MEMILIH, HATTA, MAHUPUN BERTANDING UNTUK JAWATAN TERTINGGI? Menjaga perpaduan? Mengapa tidak perpaduan dijaga dan dibelai oleh ketua yang TERPILIH secara mengikut perlembagaan? Dari sudut lain. Kalau hak yang asas pun tak ada, mengapa tidak pinda lagi perlembagaan, kepada,
"SELAGI MATAHARI TERBIT DARI TIMUR, JAWATAN PRESIDEN TIDAK BOLEH DITANDINGI....(walaupun Fir'aun dah duduk diKeralaa)" (kah kah kah...)

"Afalaa ya tafakkaruun......." (Apakah engkau TIDAK BERFIKIR?)