Laman Webantu   KM2A1: 2227 File Size: 1.6 Kb *



Membership drive......
By Panjitengkorak

19/1/2000 11:10 pm Wed


a#salamualaiikum/Selamat Sejahtera Semua.

Kembali lagi diri hamba yang hina lagi dhaif ini ke forum kita yang disayangi ini.
Kali ini tiada pendedahan apa-apa cuma ingin memberi sedikit pendapat atau cadangan kepada semua ahli-ahli Barisan Alternatif baik PAS,DAP,KeADILan serta PRM. Hamba dan kawan-kawan hamba berbagai bangsa terutama sekali bangsa cina telah mula berkempen menambah keahlian parti masing-masing. Pada pendapat kami program ini adalah paling simple dan mudah dilakukan, dan result nya adalah dalam jangka masa panjang dan ianya akan memberi pukulan maut pada BN nanti. Bila kita berkempen keahlian parti secara tak langsung kita mendedahkan sahabat handai dan kenalan pada perjuangan sebenar Barisan Alternatif. Dan bila mereka-mereka menjadi ahli sudah tentu mereka akan jadi penyokong kerana kalau mereka tak faham mereka tak akan sertai keahlian parti. Kita buat lah sekadar termampu dengan kudrat kita dalam kehidupan kita seharian. Perjuangan tetap perjuangan biarlah walau sedikit pun tapi jangan biarkan hari-hari berlalu begitu saja tanpa berbuat apa-apa.

Bak kata DSAI, "Kalau tidak minggu ini, minggu depan, kalau tak bulan ini, bulan depan kalau tak tahun ini tahun depan, LAWAN TETAP LAWAN".

Sekian dulu dari hamba yang hina-wa#salam.

P/S: Salam Aidli Fitri kepada wmaster & geng...maaf zahir batin.