Laman Webantu   KM2A1: 2142 File Size: 4.7 Kb *



Laporan ceramah syukur di Gombak
By web aNtu

6/12/1999 9:05 pm Mon


a#salamu 'alaikum wrbth:-

Semalam saya sempat ke markas tarbiah mengikuti ceramah kesyukuran kemenangan BA. Utk makluman saudara2 seperjuangan pada mlm ini juga ada ceramah di AU2 yg mana DSWA turut hadhir. Timing Clash ini tidak dapat dielakkan kerana sudah dekat dengan bulan puasa. Pengunjung mlm ni tidak berapa ramai - mungkin kerana kebanyakkan pejuang berehat sekejap setelah letih berjuang saban siang N malam. Namun demikian anggaran pengunjung mlm ini sekitar 5,000-8,000 lebih.

Berikut adalah sedikit lapuran yg sempat saya sediakan:-

Ustaz Salehuddin:-

Di Gombak menyaksikan 14 ekor lembu sudah dikorbankan sebagai kesyukuran. Ini mengalahkan rekod Arau yg mana 7 ekor lembu dikorbankan. Ust Ismail Khamus pula begitu sibuk menerima undangan2 para pejuang di merata2 tempat. Walaupun UMNO mempunyai begitu byk cawangan di Gombak - kita masih menang juga.

Turut disentuh ialah bagaimana bekas2 adun umno yg tewas di Terengganu telah bersepakat menghantar memo kpd Mahath1r N menuntut Mahath1r membebaskan AI (sekurang2 nya tahanan terhad dirumah) kerana selagi AI tidak dibebaskan selagi itulah mereka akan kalah di Terengganu.

Dr Hatta Ramli:-

Beliau mengulas mengenai trend org mlayu yg sudah sedar N menolak UMNO. Sekiranya kita campur semua kiraan majoriti2 kita akan dapat angka lebih kurang 230,000 lebih. Dan jumlahy g belum dapat mengundi ialah 680,000. Jila 100,000 drpd jumlah ini tak mengundi dan 100,000 yg sokong BN, kita masih ada 480,000 pengundi. Kalau ditolak, kita akan ada 480,000-230,000= 250,000 pengundi yg besar kemungkinan akan dapat menjatuhkan semua SIAL2 sekalian, termasuk SIAL2 yg pakai hantu! Mengapa beliau berpendapat demikian? Sebabnya ialah majoriti (70%?) pengundi baru adalah anak2 muda N para pelajar!!!

Dr Hatta mengucapkan ribuan terima kasih kpd pengorbanan para petugas2 sekalian, termasuk para tentera, pegawai kerajaan yg tidak takut, N muslimat yg byk membantu p/raya kali ini.

Ust Ismail Khamus:-

Ust memulakan ucapan dgn berdehem sedikit - kemudian saja2 berdehem panjang N
berjenaka:- sebab dah jadi YB - kena dehem byk sikit.

Amanat Ust mlm ini ialah mengenai kesyukuran. Kita kena bersyukur dgn apa yg ada N jgn memandang kpd yg tak ada. Beliau menyentuh kisah karya Hamka.

Ada seorg itu yg solat mlm2 N berdoa tapi complain mengenai doanya yg tak diterima. Maka ditanya lah org alim kpd beliau - ada kain ke solat? Ya. Ada lampu? Ya. Maka org alim itu menegaskan - Kain, lampu dsb itulah anugerah tuhan yg sepatutnya kamu bersyukur. Kamu hendaklah memandang kpd yg sudah ada N bukan kpd yg tidak ada.

Tidak semestinya kita berdoa N solat hajat terus2 tuhan makbulkan. Kalau tuhan terus makbulkan nanti kita dah tak solat lagi! Tetapi bila tidak makbul terus - kita akan cuba lagi N solat lagi - inilah hikmahnya. Kita lihatlah apa yg kita ada - Terengganu dgn minyaknya! Kita perlu usaha lagi dan apabila kita sudah memenuhi kesemua faktor2 kemenangan N perjuangan - baru kita akan menang kesemuanya.

Beliau memberi contoh Nabi Nuh yg berdakwah 800 tahun tapi hanya beroleh 80 org pengikut!! Maka kita sepatutnya bersyukur kerana baru setahun kita sudah beroleh beratus2 ribu penyokong N pejuang2!!

Seterusnya belia berpesan mengenai hadis Nab (saw) mengenai dunia ini akan indah jika wujudnyanya beberapa faktor yg akan mengindahkannya. Kalau tak silap saya ada 5 tapi saya cuma ingat yg 2 sahaja...

1- ulama yg berani N benar yg memperjuangkan kebenaran.
2- pemerintah yg adil

Ustaz cerita sikit - Al kisah Imam Shafei sedang menaiki unta - maka datang seorg bertanya kpd beliau berapa kaki unta. Lantas Imam Shapei turun dari unta N membilangnya - 2. Maka org itu bertanya kenapa anda tak jwb terus tanpa turun dari unta itu? Jwb Imam - saya kuatir bilangannya mungkin berkurangan apabila saya turun dari unta ini! Pengajaran cerita ini ialah ulama2 perlu berhati2 dlm setiap maslahah yg dihadapi nanti N sentiasa bercakap benar N teliti!

Lain2 jenaka - 'doa' Mahath1r yg mengutuk ulama menggunakkan ugama utk politik dimakbulkan dgn tersingkirnya ulama2 umno ! (editor - wan mokhtar, yusop noor, mid man, dll)

Komen saya:-

Mesej ustaz adalah jelas. Kita hendaklah bersyukur dgn kemenangan ini N ingatkan diri kita pejuang2 N nabi2 zaman dahulu berjuang lebih teruk dari kita N mendapat bilangan pengikut yg tak seberapa - tetapi mereka tetap bersabar N berusaha. Di anatara mereka ada yg isteri sendiri tidak beriman tetapi mereka tetap berjuang!!

Sekian N Selamat Berjuang!!