Laman Webantu   KM2A1: 3798 File Size: 4.0 Kb *



TJ KB SCMP: Muslim Kutuk Filem Bollywood
By SCMP

16/2/2001 7:16 pm Fri

[Sudah terhantuk baru terngadah? Pemimpin Umno sengaja mengizinkan penerapan nilai-nilai Hindu yang berlebih-berlebihan. Soalnya kenapa baru sekarang ulamak mahu bersuara? Kenapa mereka diam sahaja ketika Anwar diaibkan? Jangan lupa Mahathir mementaskan satu tarian dengan Sharulkhan walaupun hajinya masih belum setahun panjang. Apabila pemimpin berwawasan hajinya tunnggang langgang jadilah rakyat satu spesis yang berwas-waskan.
- Editor
]


Terjemahan Ringkas:

Sumber: South Cina Morning Post


MUSLIM KUTUK FILEM BOLLYWOOD

Badan ulamak kebangsaan telah menggesa kerajaan Malaysia menghadkan siaran udara rancangan televisyen cerita Hindi buatan India kerana ia menggalakkan 'nilai moral yang rendah'.

Filem tersebut mungkin lebih lembut adegan seks dan lucahnya dari filem Hollywood, tetapi ia mengandungi unsur kepercayaan Hindi yang tidak sesuai kepada masyarakat Islam. Golongan muda mungkin terikut dengan gaya percintaan yang menyemarakkan jiwa sehingga tenggelam asyik di dalam keseronokkan yang tiada tandingnya. Akhirnya mereka akan mencontohi adegan filem itu walaupun tiada logiknya dalam hidup mereka yang seterusnya. Menurut Utusan Malaysia, kemesraan yang terpapar pada adegan tersebut boleh 'menaikkan syahwat walau kepada anak-anak penonton sendiri'.

Industri filem India - atau Bollywood - kerana mengambil sempena pusat produksi utamanya Bombay - adalah yang terbesar di dunia. Ia menjanakan hampir 800 filem setahun dalam pelbagai bahasa.

Filem Hindi selalunya penuh dengan formula kehidupan, berjam-jam lamanya dan selalunya tidak saha kalau tidak ada selingan nyanyian dan tarian yang mengasyikkan.

Filem Bollywood disiarkan beberapa kali seminggu oleh hampir semua saluran tv tempatan. Para ulamak mencadangkan agar ia dikurangkan kepada sekali seminggu sahaja.

-Kapal Berita-




Rencana Asal:

From The South China Morning Post, HK

15th February 2001

Muslims condemn Bollywood movies

ASSOCIATED PRESS in Kuala Lumpur

A national body of Muslim clerics has urged the Malaysian government to limit television airtime for Indian-made Hindi movies because they promote ''immoral values'', news reports said on Thursday.

Hindi movies are a hit in Malaysia not just among the more than 2 million ethnic Indians who live here, but also other ethnic groups who make up the 22 million population, including the Malay Muslim majority.

Malaysians throng to cinemas to catch latest the Indian releases even if they don't understand the dialogue, which is often in Hindi.

Indian movies a generally more tame in terms of sex and obscene words than Hollywood movies, which are usually censored before being shown in Malaysia.

But Harussani Zakaria, spokesman for the clerics, said Indian movies contained references to Hindi beliefs which were contrary to those of Islam and could be a bad influence on young Malay Muslims.

''There were some movies which carried excessive immoral values for youngsters to copy,'' he was quoted as saying by The Star newspaper.

The portrayal of passion on screen could ''arouse the viewers to unleash their desires even on their own children'', he said, according to the Malay-language Utusan Malaysia daily.

The Indian film industry - nicknamed Bollywood after its main production centre, Bombay - is the world's largest, churning out nearly 800 movies a year in a host of languages.

The movies are usually formulaic, several hours long, and have a number of song-and-dance routines.

Bollywood films are screened on Malaysian television stations a few times every week. The clerics are asking for this be cut down to once a week.

http://www.scmp.com



Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html