Laman Webantu   KM2A1: 3786 File Size: 12.0 Kb *



TAG MT 38: Sharon, Arafat Dan Mao (NYT)
By Thomas. L. Friedman

13/2/2001 4:08 pm Tue

TAG 038

[Arafat sukar dijangka kerenahnya, dan sidang Davos menyaksikan beliau menghitamkan lagi harapan (kedamaian dan pelaburan) yang ada. Pemimpin Israel, tidak kira siapa mereka tidak mampu menyerahkan Palestin kerana mereka semuanya sama sahaja. Rakyat Palestin terus diperangi dan dibunuh walaupun seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Dengan terpancarnya ucapan Arafat ke seluruh dunia di hari pilihanraya Israel, semua pemimpin Israel lebam muka termasuk Barak yang sudah ketiadaan nyawa, dan Sharon yang baru kepingin memadu kuasa. Dan yang lucunya Peres yang baru berucap di Davos sebelumnya terpinga-pinga tidak dapat menyembunyikan muka. Memang mudah untuk menang berperang jika pandai beraksi di depan corong kamera!
- Editor
]

Penterjemah: -MT-


Sharon, Arafat Dan Mao

(Sharon, Arafat And Mao)

Oleh: Thomas. L. Friedman: New York Times (Foreign Affairs)

Teks Asal dikirimkan oleh MGG Pillai.

Aku berada di Davos menghadiri World Economic Forum, dua minggu yang lalu dan melihat Shimon Peres berjalan di depan mataku. Salah seorang wartawan yang mengiringi beliau telah bertanya apakah aku akan menghadirkan diri mendengar ucapan Peres dan Yasir Arafat di hadapan sekitar 1,000 pelabur sejagat dan para menteri yang turut serta. Tidak, jawabku kepadanya. Aku mempunyai pendirian tegas dan hanya berminat untuk mendengar ucapan Arafat kepada rakyatnya dalam bahasa Arab. Alangkah malangnya, kata wartawan itu kerana sudah ada satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu. Mr. Peres akan menghulurkan tangan kedamaian kepada Arafat dan Arafat akan membalasnya dengan semangat yang sama. Peristiwa berintim-intim itu akan dirakam dan dipancarkan ke Israel untuk memperteguhkan proses damai dan peluang Ehud Barak memenangi pilihanraya yang dihadapinya. Eloklah, bolehlah aku melihatnya di TV, jawabku lagi.


Mr. Peres memang cuba menghulurkan tangan kedamaiannya seperti yang dirancangkan, tetapi ia disambut oleh Arafat dengan satu tepisan menggila. Sambil membaca ucapannya yang memang tersedia dituliskan dalam Bahasa Arab, Arafat telah mengecam Israel 'kerana tindakan ketenteraan yang fasis' dan 'dasar penjajahan,' dan juga sikapnya 'membunuh, menghukum, pembunuhan tawanan politik, kemusnahan dan huru-hara.'


Kelakonan Mr. Arafat di Davos itu memangnya satu tontonan dan beliau amat geram terhadap Ariel Sharon kerana menang besar dalam pilihanraya itu. Apakah yang dibacakan oleh Arafat sambil ditemani oleh Peres yang duduk di sebelahnya? Pertama, dia menyebut tidak ada bezanya di antara Mr. Barak dan Mr. Sharon. Memberikan ucapan di petang hari pengundian di Israel dan di saat-saat Barak sedang menggelupur untuk mengusahakan sidang perdamaian dengan Palestian di Taba, tentu sekali membuatkan tawaran Barak itu sesuatu yang melucukan. Lagipun, Yassir Arafat berkata tidak ada bezanya di antara Mr. Peres dan Mr. Sharon. Pendapatnya itu dituturkannya selepas Peres berucap dan membuatkan Mr. Peres seperti seorang badut apabila ia diberikan liputan luas di Israel. Oleh kerana orang Palestin masih memerlukan pekerjaan, Mr.Arafat memberikan satu mesej ke seluruh dunia terutamanya para pelabur: Jangan melabur dulu!!!


Itu sebabnya pihak media mengemukakan soalan yang tidak relevan mengenai pilihanraya Sharon itu. Mereka bertanya, siapakah Ariel Sharon? Sepatutnya saoalan itu berbunyi siapakah Yassir Arafat? Pihak media terus bertanya: Apakah Sharon mampu meniru Charles de Gaulle, panglima tentera yang berjaya mengundurkan askar Peranchis keluar daripada Aljeria. Ataupun apakah beliau akan meniru Richard Nixon, seorang anti-komunis yang berdamai dengan Komunis China? Soalan seperti itu telah tersasar jauh perginya.


Israel sudah pun mempunyai seorang Charles de Gaulle. Namanya ialah Ehud Barak. Beliau adalah seorang panglima yang paling banyak menerima bintang penghormatan. Dia telah berkecuali ketika kabinet Israel membuat pengundian terhadap usaha kedamaian Oslo II. Tetapi apabila memegang jawatan politik, dia berputar 180 degree. Dia telah menawarkan Mr. Arafat 94 persen Tebing Barat untuk dijadikan negara Palestin dan pampasan terhadap baki kawasan yang berjumlah 6 persen itu. Termasuk jua penempatan semula orang Palestin yang menjadi pelarian dulu. Mr. Arafat tidak menyebut semua itu sebaliknya menggelarkan beliau seorang fasis ketika Barak menghadapi pilihanraya. Seolah-olah Charles de Gaulle sedang berusaha berundur daripada Algeria dan orang di sana berkata: 'Terimakasih, anda adalah seorang fasis dan kami akan mengambil kembali Algeria. Tetapi kami tidak akan berhenti di sini selagi kami tidak dapat merampas Bordeaux, Marsailles dan Nice'. (Inilah tiga bandar di Peranchis yang kini dimonopoli oleh orang Arab - Aljeria, Morokko, Tunisia, Senegal dan Ivory Coast - penterjemah)


Kalau orang Palestin tidak kisah mengetahui siapakah Ariel Sharon kenapakh kita perlu sibuk-sibuk? Mr. Arafat mahukan seorang pemimpin Israel yang tidak akan memaksa dirinya membuat keputusan yang besar-besar, yang sememangnya dia tidak mampu lakukan, kenapakah kita mesti tanya Sharon apakah dia akan meniru gelagat de Gaulle dan menawarkan sesuatu yang lebih bermakna kepada Arafat? Apakah pentingnya Israel mendapatkan seorang Nixon kalau orang Palestin tidak mempunyai seorang pemimpin seperti Mao?


Proses kedamaian Oslo adalah satu ujian. Ia merupakan satu ujian sama ada Israel mempunyai seorang rakan palestin yang mampu mencapai kedamaian. Itulah satu ujian yang besar yang termampu ditangani oleh orang israel seperti yang mereka harapkan dan itulah juga yang ditangani oleh Barak secara beraninya sehingga melampaui batasan kesabaran dan konsensus politik Israel. Mr. Yassir Arafat telah melepaskan peluang itu. Akhirnya nanti, orang Palestin akan meminta satu ujian olok-olok lagi. Berkemungkinan besar orang Israeli akan mengalah lagi kerana mereka mahukan kedamaian itu. Tetapi, siapakah yang dapat meramalkan apa lagi bentuk keperitan dan keganasan yang akan tercetus sambil menunggukan saat itu?

Yang kita fahami, proses damai Oslo itu sudah pun berakhir. Itulah pendapat sebahagian majoriti orang Israel ketika pilihanraya dulu. Oleh itu hentikan soalan apakah Sharon akan meniru Charles de Gaulle. Bukan itu alasannya kenapa orang Israel memilih beliau. Mereka memilihnya untuk menjadi seorang 'Penaung'. Mereka memilih beliau kerana mereka kenal siapakah beliau sebenarnya. Tujuh tahun selepas perdamaian Oslo ditandatangani orang Israel sudah masak dengan fahaman siapakah Arafat sebenarnya.

-Thomas L. Friedman-
12.2.2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT12/2/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

From: madtrix to Sangkancil to MGG

New York Times

February 8, 2001
FOREIGN AFFAIRS

Sharon, Arafat and Mao

By THOMAS L. FRIEDMAN

I'm at the Davos World Economic Forum two weeks ago, and Shimon Peres walks by. One of the reporters with him asks me if I'm going to hear Mr. Peres and Yasir Arafat address the 1,000 global investors and ministers attending Davos. No, I tell him, I have a strict rule, I'm only interested in what Mr. Arafat says to his own people in Arabic. Too bad, says the reporter, because the fix is in. Mr. Peres is going to extend an olive branch to Mr. Arafat, Mr. Arafat is going to do the same back and the whole love fest will get beamed back to Israel to boost the peace process and Ehud Barak's re-election. Good, I'll catch it on TV, I said.

Well, Mr. Peres did extend the olive branch, as planned, but Mr. Arafat torched it. Reading in Arabic from a prepared text, Mr. Arafat denounced Israel for its "fascist military aggression" and "colonialist armed expansionism," and its policies of "murder, persecution, assassination, destruction and devastation."

Mr. Arafat's performance at Davos was a seminal event, and is critical for understanding Ariel Sharon's landslide election. What was Mr. Arafat saying by this speech, with Mr. Peres sitting by his side? First, he was saying that there is no difference between Mr. Barak and Mr. Sharon. Because giving such a speech on the eve of the Israeli election, in the wake of an 11th-hour Barak bid to conclude a final deal with the Palestinians in Taba, made Mr. Barak's far-reaching offer to Mr. Arafat look silly. Moreover, Mr. Arafat was saying that there is no difference between Mr. Peres and Mr. Sharon, because giving such a speech just after the warm words of Mr. Peres made Mr. Peres look like a dupe, as all the Israeli papers reported. Finally, at a time when Palestinians are starving for work, Mr. Arafat's subliminal message to the global investors was: Stay away.

That's why the press is asking exactly the wrong question about the Sharon election. They're asking, who is Ariel Sharon? The real question is, who is Yasir Arafat? The press keeps asking: Will Mr. Sharon become another Charles de Gaulle, the hard-line general who pulled the French Army out of Algeria? Or will he be Richard Nixon, the anti-Communist who made peace with Communist China? Such questions totally miss the point.

Why? Because Israel just had its de Gaulle. His name was Ehud Barak. Mr. Barak was Israel's most decorated soldier. He abstained in the cabinet vote over the Oslo II peace accords. But once in office he changed 180 degrees. He offered Mr. Arafat 94 percent of the West Bank for a Palestinian state, plus territorial compensation for most of the other 6 percent, plus half of Jerusalem, plus restitution and resettlement in Palestine for Palestinian refugees. And Mr. Arafat not only said no to all this, but described Israel as "fascist" as Mr. Barak struggled for re-election. It would be as though de Gaulle had offered to withdraw from Algeria and the Algerians said: "Thank you. You're a fascist. Of course we'll take all of Algeria, but we won't stop this conflict until we get Bordeaux, Marseilles and Nice as well."

If the Palestinians don't care who Ariel Sharon is, why should we? If Mr. Arafat wanted an Israeli leader who would not force him to make big decisions, which he is incapable of making, why should we ask whether Mr. Sharon is going to be de Gaulle and make him a big offer? What good is it for Israel to have a Nixon if the Palestinians have no Mao?

The Olso peace process was about a test. It was about testing whether Israel had a Palestinian partner for a secure and final peace. It was a test that Israel could afford, it was a test that the vast majority of Israelis wanted and it was a test Mr. Barak courageously took to the limits of the Israeli political consensus - and beyond. Mr. Arafat squandered that opportunity. Eventually, Palestinians will ask for a makeup exam. And eventually Israelis may want to give it to them, if they again see a chance to get this conflict over with. But who knows what violence and pain will be inflicted in the meantime?

All we know is that for now, the Oslo test is over. That is what a vast majority of Israelis said in this election. So stop asking whether Mr. Sharon will become de Gaulle. That is not why Israelis elected him. They elected him to be Patton. They elected Mr. Sharon because they know exactly who he is, and because seven years of Oslo have taught them exactly who Yasir Arafat is.


Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html