Laman Webantu KM2A1: 3781 File Size: 18.3 Kb * |
TAG MT 35: B2 Tugas Yang Membosankan (Asiaweek) By W. Carragata 13/2/2001 4:35 pm Tue |
TAG035 [Memang tugas IBRA menjual aset untuk mendapat dana, tetapi jika si kroni
pincang juga membelinya masalah muflis akan berkitar semula. IBRA sepatutnya
menyelamatkan institusi kewangan, bukannya kroni yang meragukan yang asyik
berhutang. Rakyat semakin curiga kerana IBRA tidak telus dan telah berunding
diam-diam dengan kroni seperti Salim, Admadjaja, dan Liem dalam beberapa kes.
Urusan dalaman dan sikap tidak tegas IBRA hanya akan mencemarkan proses
pemulihan yang diharapkan. Pemecatan Shuster membayangkan IBRA sudah diikat
tangan dan Indonesia mungkin menuju kemusnahan yang tidak berkesudahan.
Apa yang berlaku di Malaysia juga hampir serupa, kerana Danaharta lebih
memihak kepada kroni dalam semua projeknya. Kemusnahan yang lebih besar akan
melanda, malangnya rakyat Malaysia masih teralpa. Selamat berhutang semua!
- Editor ] Bahagian Dua:
IBRA memang tidak perlu tergopoh-gapah mendedahkan segala-gala
perangkaan dalam neraca kewangannya. Sejak dua tahun yang lalu, ia
telah menjual kembali aset bernilai $3.8 bilion dollar bersamaan dengan
hanya 8 persen daripada keseluruhan pegangannya mengikut taksiran
Bank Dunia. Setiap hari berlaku kelompongan dalam aktibiti itu, bererti
bertambah lagi besarnya ancaman akan berlakunya sesuatu mudarat,
seperti satu kejutan mendadak terhadap iklim ekonomi negara ataupun
berlakunya krisis politik yang akan mencetuskan satu lagi pusingan
perniagaan yang muflis dan hutang yang bertapuk lagi. Walaupun hampir
70 bilion dollar telah disuntik ke dalam sistem perbankan sebagai dana
modal, bank-bank Indonesia masih tidak mampu menanggung gegaran
ekonomi, betapa kecil sekali pun ledakannya. Selagi IBRA gagal menjual
asetnya, adalah tidak mungkin reformasi sebenar ataupun
kebertanggunjawaban dapat dikuatkuasakan ke atas syarikat yang tempang
itu. IBRA beranggapan ia perlu terus wujud berdekad lamanya untuk
membetulkan segala keributan, kata Jim Castle, seorang perunding
ekonomi di Jakarta yang mengepalai Indonesia-U.S. Chamber of
Commerce. Ketika IBRA ditubuhkan sasarannya ialah hanya untuk tujuh
tahun sahaja. Dia berpendapat agensi ini harus tegas dalam peranannya
kalau ia tidak mahu menghadapi risiko dikuasai akhirnya. "Kewujudan IBRA
ialah menjual aset yang telah diperolehinya," kata Castle. "Kalau perkara
itu tidak terlaksana, bererti IBRA gagal segagalnya."
Hambatan utama terhadap penjualan aset muncul daripada kumpulan
ningrat yang lama-lama yang mengimpikan satu harapan bahawa
kelecehan dalam penjualan itu akan memberikan peluang untuk mereka
mendapatkan kembali aset yang hilang. Para kroni ini masih lagi mempunyai
kuasa yang besar sehinggakan mereka mudah mencetuskan kebencian
rakyat marhaen. Di akhir tahun yang lalu, Lim Sioe Liong (a.k.a -also
known as ataupun lebih dikenali sebagai Sudono Salim) telah membeli
balik asetnya yang tergadai kepada IBRA. Inilah yang mencetuskan
kemarahan rakyat marhaen sehinggakan kerajaan bertindak menyekat
kroni nombor satu negara itu daripada membuat pembelian balik itu. Sekatan
itu tidak menghalang Lim membeli balik sebuah syarikat bernama Karimun
Granite dan juga QAF, sebuah syarikat berdaftar di Singapura yang telah
diserahkan kepada IBRA. (Catatan Penterjemah: Sila lihat MMM3 yang
menceritakan bagaimana BERNAS telah digunakan untuk membeli
sebahagian besar saham QAF atas dasar kelentongan mahu
mengembangkan perniagaan BERNAS di antero dunia, kununnnnnnnya!!!! )
Kisah Bank Danamon adalah satu episod lain pula yang membabitkan
orang-orang kaya yang bertaraf taikun. Pada akhir tahun yang lalu, dalam
tempoh kurang satu jam dan tanpa sebarang penjelasan, pengerusi IBRA
yang diganti oleh Gerungan, Cacuk Sudanjanto, telah memecat Milan
Shuster sebagai presiden Bank Danamon. Shuster merupakan salah
seorang rakyat asing yang mengepalai bank Indonesia dan memang
dihormati oleh masyarakat bisnes kerana berambisi untuk membangunkan
Danamon yang dulunya dimiliki oleh seorang kroni Suharto bernama
Usman Admadjaja. Shuster mahu menjadikan Bank Danamon sebagai
sebuah institusi perbankan yang terbaik.
Para pegawai Danamon yang arif dengan keadaan itu telah menceritakan
bagaimana Shuster telah disingkirkan. Salah satu sebabnya adalah kerana
dia terlalu gemar mencabar Cacuk dan kerajaan agar menyebelahinya
dalam sengketa membabitkan Admadjaja. Mengikut jalan cerita yang
diterangkan oleh Cacuk kepada komiti parlimen selepas beliau dipecat
pada Oktober lalu, dia enggan melupuskan satu pinjaman bernilai 16 juta
dollar daripada Admadjaja kepada bank itu, yang masih dikekalkan
catatannya dalam akaun perbankan sebagai satu bebanan hutang
walaupun bank itu sudah muflis. Shuster bertegas oleh kerana saham
pegangan Admdjaja dalam Danamon sudah terhakis sebaik sahaja bank itu
bankrap, pinjaman itu sepatutnya dipupuskan juga. Tetapi, keadaan itu
tidak pula berlaku. Keadaan sengit itu semakin memuncak dan menjadi satu peperangan di
antara Shuster dan Admadjaja berkaitan dengan satu pajakan tapak ibu
pejabat bank itu dengan salah satu anak syarikat kumpulan Admadjaja.
Shuster tidak berkenan dengan terma pajakan dan mahu ianya dihentikan.
Dia berjaya melakukan niatnya itu walaupun tanpa sokongan Cacuk yang
pernah diharapkannya di tahap awal usaha itu. Kini, IBRA membantunya
membayar sewaan untuk satu tahun yang kalau dengan kadar dulu bernilai
untuk sewaan satu bulan sahaja. Cacuk dan Admadjaja tidak bersetuju
untuk ditemubual dan Shuster tidak pula berkenan dengan
penyingkirannya. Pada hakikatnya, peranan IBRA ialah untuk berunding dengan kumpulan
elit lama Indonesia. Pada dasarnya walaupun ada ketelusan dalam
peranan agensi itu, ia mudah terdedah kepada tuduhan betapa ia mudah
akur kepada tekanan dan bersikap memihak kepada para kroni tersebut.
Tetapi IBRA dan juga kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk menghakiskan
syak wasangka rakyat marhaen. Perundingan kerap dilakukan secara
tertutup mencetuskan kesangsian berlakunya pilih kasih. Satu contoh boleh
diambil daripada satu kes yang penuh kontroversi membabitkan
penyusunan hutang bernilai 2.7 bilion dollar pemberian IBRA dan
membabitkan Texmaco sebuah kumpulan tekstil dan kejuruteraan
kepunyaan Marimutu Sinivasan. Ramai pengkritik yakin perundingan
struktur itu memihak kepada Sinivasan, hasil temubual dengan orang yang
terbabit dengan perundingan itu menyerlahkan bahawa anggapan
pengkritik itu tidak benar. (Pada malam Rabu yang lalu, kerajaan telah
mengumumkan kebenaran kepada penyusunan semula hutang Texmaco,
walaupun butir-butir lanjut masih belum jelas lagi.) Adalah sesuatu yang
sukar untuk membuat andaian yang jitu kerana ketiadaan butir-butir lanjut
yang diedarkan kepada orang awam. IMF dan juga Bank Dunia telah turut
menyokong kritikan agar ketelusan diamalkan dalam segala kerja seperti
itu. Mengikut Ketua Bank Dunia Cawangan Indonesia, Mark Baird,
"kerajaan mesti menghentikan amalan urusan dalaman." Kebencian dan
kecurigaan rakyat marhaen terhadap para kroni memang kerap menggugat
rancangan yang direka oleh IBRA. Awal tahun lalu, IBRA cuba menjual
bank yang nombor dua terbesar di Indonesia, Bank Central Asia (BCA).
Rakyat marhaen bangkit kerana marah dengan pembabitan Liem yang satu
ketika dulu merupakan orang terkaya di Indonesia dan merupakan rakan
paling akrab kepada Suharto. Kebangkitan rakyat itu telah memusnahkan
satu rancangan untuk menonjolkan bank itu sebagai yang terbaik di mata
seorang bakal pembeli. Semangat nasionalisme yang membuak pun boleh menyekat usaha IBRA
menjual murah institusi yang tenat. Awal tahun lalu, kerajaan telah menolak
satu cadangan untuk menjual sebahagian saham minoriti dalam BCA
kepada satu bank asing yang mampu melakukan penyusunan semula untuk
mempergiatkan operasi perbankan yang mampu menghasilkan
keberkesanannya. Sumber yang rapat dengan IBRA mendedahkan betapa
IBRA dan kerajaan Wahid amat takutkan kebangkitan rakyat gara-gara
penjualan itu. Anggapan songsang betapa masa akan menjadi penenang
yang akan memperbaiki harga dan nilai aset yang terperam itu memang
sudah lama terpahat pada pemikiran IBRA dan juga pihak kerajaan. Ini
merupakan satu gambaran betapa wujudnya satu keraguan kemungkinan
berlakunya kemasukan orang asing untuk menyapu habis segala institusi
bermasalah itu dengan pembelian yang murah-murah. Kesannya, 22.5%
saham bank itu telah dijual melalui tawaran awalan awam pada bulan Mei.
Tawaran IPO (initial public offering) itu memang merupakan satu usaha
yang amat menyedihkan. IBRA hanya meraih 107 juta dollar, bersamaan
dengan setengah daripada yang diharapkannya. Penjualan sambungan
BCA yang dirancangkan akhir tahun lalu telah ditangguhkan dengan
harapan sentimen pasaran akan berubah dalam beberapa bulan lagi. Kini,
IBRA mengumumkan penjualan pegangannya dalam BCA dan juga Bank
Niaga di akhir bulan Jun. Tetapi, selagi orang asing tidak dibenarkan
membelinya, harga penjualan saham-saham itu sudah tentu akan
merupakan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran yang
sebenar. IMF menjadi tidak senang dengan satu lagi janji mengenai
tindakan selanjutnya dan telah enggan melepaskan ansuran pinjaman
seterusnya yang bernilai 400 juta dollar. "Anda tidak boleh terus berjanji
sahaja di setiap suku tahun," kata wakil IMF di Jakarta, John Dodsworth.
Ada juga pembeli asing yang dibenarkan untuk turut serta. Ini adalah kesan
pembaharuan dalam agensi itu. Sepanjang tahun 2000, IBRA telah mampu
mempamerkan satu prestasi yang baik dalam satu tempoh yang pendek.
Agensi itu berjaya menjual sekitar 2.2 bilion dollar dalam bentuk syarikat
dan bebanan hutang. Ini merupakan sedikit tinggi daripada sasaran yang
ditetapkan oleh parlimen. Kejayaan terbesar setakat ini berlaku 11 bulan
yang lalu pabila IBRA menerima 500 juta dollar daripada penjualan saham
untuk menguasai Astra International - yang merupakan pembuat kereta
terbesar Indonesia kepada Cycle and Carriage Singapura. Urusan penutup
yang menggembirakan IBRA berlaku dengan penjualan 24 ladang kelapa
sawit berharga 370 juta dollar yang dulunya dimilikki oleh Liem kepada
Kumpulan Guthrie. .....bersambung..... Rencana Asal: Bahagian 2: http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,98452,00.html
ASIAWEEK FEBRUARY 16, 2001 VOL.27 NO.6
One Lousy Job (cont'd) But the agency is in no hurry to reveal a potentially enormous hole in its finances.
In the last two years, it has unloaded all of about $3.8 billion worth, only 8% of the
estimated value of its total holdings by World Bank estimates. And each day of
inaction increases the threat that something really serious could happen, a severe
economic jolt or political crisis that could spawn a new round of business failures
and debt insolvencies. Even after almost $70 billion in capital injections,
Indonesia's banks are far too shaky to withstand more than a minor tremor.
Meanwhile, as long as IBRA fails to sell assets, it's unlikely that real reforms or
accountability will be imposed on crippled companies. IBRA figures to be around
for decades trying to sort out the whole mess, says Jim Castle, an economic
consultant in Jakarta who heads the Indonesia-U.S. Chamber of Commerce. When
it was founded, it was supposed to wrap up its work in seven years. He says the
agency needs to stay focused or risk being overwhelmed. "IBRA is there to sell
assets," says Castle. "Until they do that, they're a failure."
The main barrier to asset sales has always been the opposition of Indonesia's old
elite, who harbor hopes that delay will give them more opportunities to regain
assets. The cronies often still wield tremendous power and stir great public
animosity. Late last year, bowing to public outrage that Liem Sioe Liong (a.k.a.
Sudono Salim) was buying back assets that had been taken by IBRA, the
government blocked Indonesia's No. 1 crony from any more bidding. (But not
before Liem repurchased a company called Karimun Granite and a piece of QAF,
a Singapore-listed food company that had been handed over to IBRA.)
The case of Bank Danamon is another illustration of the ongoing tussle with
tycoons. Late last year, on less than an hour's notice and with no explanation,
Gerungan's predecessor as IBRA chairman, Cacuk Sudarijanto, fired Milan
Shuster, Bank Danamon's president. Shuster was one of the few foreigners to head
an Indonesian bank and was well-regarded in the business community for his
ambition to remake Danamon, formerly owned by close Suharto associate Usman
Admadjaja, into one of Indonesia's best-run financial institutions.
Danamon officials familiar with the situation say Shuster was pushed aside in part
because he repeatedly challenged Cacuk and the government to take his side in
disputes with Admadjaja. According to testimony Shuster gave to a parliamentary
committee after his October ouster, he refused to keep quiet about a loan of $16
million from Admadjaja to the bank that Danamon still carried on its books as a
liability even after it collapsed. Shuster argued that, because Admadjaja's equity in
Danamon disappeared when the bank crashed, the loan should also have been
wiped out. However, that hasn't happened.
The final straw may have been a battle between Shuster and Admadjaja over a
lease the bank's main branch had with one of Admadjaja's companies. Shuster felt
the terms of the lease were outrageous and wanted to break it. He eventually
succeeded - though without Cacuk's cooperation, which he had sought. IBRA
now pays in one year what it was paying Admadjaja in one month. Cacuk and
Admadjaja did not agree to be interviewed, and Shuster will not comment on his
ouster. By definition, IBRA's job is to cut deals with the old Indonesian elite. Even with the
purest of motives the agency would be open to allegations that it has caved in to
or even colluded with the cronies. But IBRA and the government have done
nothing to appease suspicions. Deals are often cut behind closed doors, raising
concerns about favoritism. One example is the controversial deal restructuring $2.7
billion in debt owed to IBRA by Texmaco, a huge textile and engineering group
owned by Marimutu Sinivasan (see interview, page 29). While critics insist that the
deal favors Sinivasan, interviews with numerous people involved in the
negotiations suggest that isn't true. (Wednesday night, the government said it has
approved Texmaco's debt restructuring, though details were intially unclear.) But
making a conclusive judgment is impossible because important details have not
been publicly released. Both the International Monetary Fund and the World Bank
have joined the critics in calling for greater transparency. The government, says
Mark Baird, the World Bank's Indonesia chief, "must avoid the appearance of
insider deals." The public's hatred and suspicion of the cronies is sometimes strong enough to
derail IBRA's plans. When the agency early last year tried to dispose of
Indonesia's second-largest bank, Bank Central Asia, a public backlash against
the involvement of Liem, once Indonesia's richest man and one of Suharto's
closest cronies, helped kill a plan to make the bank look better to a prospective
buyer. Rampant nationalism also prevents IBRA from holding a fire sale of its sickly
assets. The government early last year rejected a proposal to sell a minority stake
in BCA to a foreign bank which would have restructured the operations and
pursued greater efficiency. Sources close to IBRA say that the agency and the
Wahid government feared a nationalist backlash against the sale. The misplaced
idea that somehow the price of key assets will improve with time is deeply
ingrained at IBRA and throughout the government. It reflects a widely held
nationalist fear that foreigners will swoop in like vultures to pick up valuable assets
at cut-rate prices. As a result, a 22.5% stake in the bank was sold through an
initial public offering in May. The IPO was a major disappointment; IBRA earned
only $107 million, about half what it had hoped for. A further sale of BCA slated for
late last year has been delayed in hopes that market sentiment will improve in a
few months. IBRA now says it will sell the stakes in BCA and Bank Niaga by the
end of June. But unless outside investors are permitted to bid, the sale prices will
be far less than true market values. The IMF is not satisfied by another promise of
future action and has refused to release the next $400 million loan tranche from its
financial support package. "You can't just keep promising every quarter," says the
IMF's Jakarta representative John Dodsworth.
Still, some foreign buyers have been allowed to participate, and the agency is
slowly moving ahead. IBRA had the best year of its short life in 2000, selling $2.2
billion worth of companies and bad loans, which was a shade above the target set
for it by Indonesia's Parliament. The biggest single triumph came about 11 months
ago when it received more than $500 million from the sale of its controlling stake in
Astra International - Indonesia's top car maker - to Singapore's Cycle and
Carriage. IBRA capped off the year with a $370 million sale of 24 palm oil
plantations formerly owned by Liem to Malaysia's Kumpulan Guthrie.
.....to be continued..... |