Laman Webantu   KM2A1: 3774 File Size: 13.9 Kb *



TJ MT MGG: Ikon Kemuflisan Di belakang Wang RM10
By M.G.G. Pillai

12/2/2001 8:41 am Mon

MGG3901a

[Wang kertas RM10 mengabadikan tiga kegagalan projek sentuhan wawasan Mahathir, iaitu MAS. LRT dan MISC. Belumpun sempat mencecah tahun 2020, sudah jatuh berantakkan begitu. Apakah Mahathir dan kuncunya boleh diharapkan lagi untuk terus memacu?

MAS diberi kepada Tajuddin Ramli, LRT kepada Halim Saad dan Vincent Tan manakala MISC buat Mirzan.


  1. MAS rugi 1 bilion, hutang lapuk 8 bilion. (FEER 25/1/2001)
  2. Halim Saad dan Renong berhutang RM30 bilion. (Harakah MGG 16-31/1/2001)
  3. Renong rugi: 50 bilion (8 bilion di Filipina Steel sahaja) (MGG 166)
  4. PLUS 18 bilion. (Harakah MGG 16-31/1/2001)
  5. LRT diselamatkan dengan RM7.8 bilion. (FEER 25/1/2001)
  6. Vincent Tan: hutang 11 bilion (itupun ada lagi!) (MGG 166)
  7. Star dan Putra : hutang lapuk 6 bilion. (Harakah MGG 16-31/1/2001)
  8. MISC disuntik lebih RM2 bilion.
- Editor (Hmmm.. siapa yang membayar hutang?)]


Penterjemah: -MT-


Ikon Kemuflisan Di belakang Wang RM10

(The Bankrupt Icons Of The RM10 currency Note)

Di bahagian belakang wang kertas RM10 terdapat tiga ikon 'Malaysia Boleh': MAS, LRT, dan MISC. Ketika wangkertas itu diperkenalkan beberapa tahun yang lalu, ia merupakan satu lambang visi 'Malaysia Boleh' yang mengilhamkan sebuah negara berindustri pada tahun 2020. Kini, seperti juga beberapa ikon yang lain di negara ini, ketiga-tiga ikon yang disebutkan itu sudah pun jatuh muflis; kerajaan telah menyelamatkan dua yang pertama sedangkan Petronas melakukannya kepada MISC. Nama syarikat mencetak wang-kertas itu sudah tidak kelihatan lagi, seperti yang berlaku kepada wang-kertas negara yang lain.

Sejak bertahun lamanya, wang kertas negara telah dicetak oleh tiga syarikat pencetak yang mempunyai unsur-unsur keselamatan, Thomas de la Rue, Bradbury Wilkinson dan untuk satu masa yang singkat oleh pencetak Belgium yang tidak dapat dibaca namanya oleh kerana mata saya yang sudah tidak mampu membacanya dengan jelas. Tetapi, wang-kertas Malaysia tidak lagi mencatatkan nama pencetaknya. Kenapa? Bukan sahaja wang kertas bernilai RM10, malahan semua wang-kertas yang lain. Malahan, kerajaan pernah menghentikan wang-kertas RM1 dan memperkenalkan syiling bernilai RM1. Ketika itu kita diberitahu bahawa wang-kertas tidak boleh tahan lama sedangkan wang syiling boleh bertahan lebih lama lagi. Tiba-tiba kita sudah disogokan oleh wang-kertas RM1 yang baru dan dikatakan dicetak di negara sendiri. Kenapa?

Bukan itu sahaja yang mesti kita soal sekarang. Dulu, wang-kertas Malaysia mempunyai tarikh keluarannya. Ini telah dihapuskan sebagai mengikuti amalan sejagat. Kemudian, ia telah direka semula untuk memaparkan kebanggaan Malaysia sebagai sebuah negara industri di hari muka. Kenapakah nama pencetak sudah dihapuskan? Itu bukannnya satu amalan sejagat. Apakah itu merupakan satu awalan kepada pencetakan wang-kertas dalam negara? Siapakah yang mencetak wang-kertas bernilai RM1?

Cuba bandingkan RM5 dan yang bernilai lebih tinggi lagi, bukankah kertasnya kelihatan bermutu rendah? Mungkin daya rasa saya (daya meraba - penterjemah) tidak sehebat dulu. Tetapi kerajaan harus memberikan penjelasan kenapakah RM1 itu diedarkan semula. Apakah kerajaan sudah sedar bahawa syiling berharga RM1 mempunyai unsur-unsur yang membahayakan kesihatan ataupun apakah ada juak, kroni dan sukusakat ataupun anak-anak daripada golongan pemerintah yang dianugerahkan kerja-kerja mencetak itu untuk membolehkannya mengaut kekayaan?

Mungkin perkara ini satu remeh-temeh sahaja. Tetapi, saya masih sangsi mengenainya. Kerajaan memang mudah melakukan pelbagai jenis gimik dan innovasi untuk memberikan komisen yang baik kepada sesiapa yang mengajukan sesuatu cadangan dan juga kepada pegawai yang meluluskan cadangan itu. Tetapi sebaik sahaja sesuatu projek itu telah dilaksanakan, ia akan dibiarkan terbengkalai beberapa tahun kemudiannya, kerana aliran sogokan sudah pun dihentikan dan peruntukan untuk menyelia projek itu tidak disalurkan lagi. Kamera untuk mengesan lalulintas telah dibeli dengan kos yang sungguh tinggi dan dipasang di setiap persimpangan yang berlampu untuk merakam lagak pemandu yang melanggar lampu isyarat lalulintas. Pelaburan bernilai berjuta ringgit itu dibazirkan kerana kos filem yang terlalu mahal menyebabkan projek itu terpaksa diabaikan. Kerajaan telah membebani para pemandu dengan mensyaratkan pemasangan lampu brek ketiga. Sebaik sahaja lampu itu sudah dipasang, ia pun diperlekehkan sahaja kerana ada pihak tertentu yang menjadi kayaraya kerananya.

Kerajaan telah mengumumkan projek penswastaan dengan segala gah dan keraiannya. Institusi yang mempunyai aset pilihan telah dibiarkan untuk tender terbuka sedangkan pemberiannya diberikan kepada para kroni, juak, dan sukusakat pihak yang berkuasa. Kini, setiap projek itu sedang dihenyak masalah. Lebuhraya Utara Selatan sedang tertekan kerana hutang bertapuk bernilai RM30 bilion menjadi bebanan. Kos yang dihantui hutang itu akan menaikkan bebanannya meningkat lagi. Dulu, kerajaan mengumumkan bahawa adalah tidak wajar kalau kerajaan terlibat dengan perniagaan. Kini, kerajaan sudah meludah ke langit dan menadahnya semula kerana terpaksa membeli balik semua syarikat yang diagihkan kepada anak-anak emas yang 'boleh diharap' dulu untuk mengelakkan mereka menjadi bangkrap.

Cara kerajaan menyelamatkan Tajuddin Ramli, pemegang utama saham MAS, dan bukannya dengan tujuan untuk menyelamatkan MAS adalah persis keputusan pemilu 1999 dulu, yang kini menggugat keupayaan kerajaan untuk terus bernafas. Sekaligus ia menjerumuskan negara ini ke kancah kemuflisan. Malaysia sedang dihantui masalah kewangan, tetapi kerajaan sedang cuba melindunginya dengan membuat beberapa projek besar (mega) yang berharga berbilion ringgit nilainya. Tidak ada niat untuk melihatkan perjalanannya apatah lagi dengan memulakannya. Beberapa projek awam terpaksa ditangguhkan kerana JKR, tidak mempunyai wang, dan tidak mampu memulakan projek itu.

Kerajaan tidak mempunyai alasan yang boleh meyakinkan rakyat marhaen kenapa dilakukan kerja-kerja menyelamatkan projek para kroni dan sukusakat yang bermasalah. Mungkin ada satu-dua yang boleh diterima pakai, tetapi bagaimanakah dengan usaha kerajaan menyelamatkan projek Super Bumiputra yang lebih terkenal sebagai seorang pedagang bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya, Tan Sri Vincent Tan? Mungkin ada orang yang berminat untuk mengetahui betapa Danaharta kini menguasai Berjaya Group secara memegang 30 peratus saham syarikat itu. Vincent Tan memegang hanya tujuh peratus sahaja. Kenapa?

Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin harus berterus terang kali ini dan membuat penjelasan mengenai keadan kewangan negara di sessi parlimen yang dijangka bersidang pada pertengahan Mac. Kita boleh menjangkakan beliau tidak akan melakukan perkara ini. Kerajaan memang tidak mahu rakyatnya mengetahui perkara sebenarnya dan lebih bersedia menyuntik dadah kepada rakyatnya agar mereka lalai dalam mendapatkan maklumat sebenar. Tetapi, bukan ini saja yang menghantui Daim, sekarang.

Kebanyakan projek yang diswastakan itu dan yang telah diselamatkan kebanyakannya, adalah projek yang ada kait-mengait dengan dirinya. Lagipun, ahli UMNO mahu tahu sekarang apa yang sudah jadi kepada harta UMNO yang difaraidkan kepada satu syarikat yang bernama Hatibudi. Inilah syarikat yang memegang kuasa syarikat penswastaan yang kini dipegang oleh kumpulan Renong-UEM. Sebagai Bendahari UMNO Tun Daim sedang tertekan kerana terpaksa menjelaskan mana perginya sekitar RM1,000 juta (satu bilion ringgit) yang diamanahkan padanya selama ini.

Usaha mengnyahkan nama pencetak di wang-kertas negara adalah satu gambaran betapa sikap 'desparado' yang semakin menghantui pengurusan kewangan yang sepatutnya cermat dan berhemah.


-MGG Pillai-
10.2.2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT 10.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

The Bankrupt Icons Of The RM10 currency note

On the obverse side of the RM10 note are three icons of "Malaysia Boleh": MAS, the LRT, and MISC. When the currency note was introduced a few years ago, it represented the "Malaysia Boleh" vision of an industrialised nation by 2020. Today, like so many other icons of this vision, all three are bankrupt; the government rescued the first two and Petronas the third. The printer's name is missing from the RM10 note, indeed of any denomination.

Malaysia's currency notes were printed through the years by three security printers, Thomas de la Rue, Bradbury Wilkinson and, briefly, a Belgium printer whose name my poor eyesight could not make out. But the new Malaysian currency notes carry no printer's name. Why? Not just the RM10 note, but also the higher and lower denominations. Indeed, the government retired the RM1 note and introduced the RM1 coin because, so we were told then, the ringgit note had a short life and the coins longer lasting. Yet, we have brought back the RM1 note, looking much inferior amidst rumours that it is printed locally. Why?

This is not all. Malaysian currency once had an issuing date. That was removed to keep in line with international practice. Then it was redesigned to show pride in Malaysia's march to an industrialised future. Why is the printer's name removed now? That is not international practice. Is it a prelude to locally printed notes? Who prints the RM1 note? Compare it with the RM5 notes and higher denominations, it seems of poorer paper? It may not be, and my touch may be deaden. But the government should explain why this note is brought back. Has the government discovered that the RM1 coin is hazardous to health, or did it appoint a courtier, crony or sibling of the establishing so that he or she could earn some pocket money?

For all we know, there might be nothing to it. But I look at it with trepidation. The government goes for gimmicks and innovations which ensures a good commission to whoever recommends it, and to the officials who approve it. But once installed, it is discarded a few years down the line because the gravy train had stopped and there is no money allocated to maintain and keep it going. Traffic cameras were bought at much expense and installed at traffic lights to photograph motorists who beat traffic lights. But the multimillion ringgit investment is wasted, the cost of the films too high to keep it active, and is now abandoned. The government burdened motorists by insisting that motorcars must have the third brake light. Once installed, it is ignored; but some interested parties made quite a lot of money over it.

The government announced privatisation with much fanfare, handing over choice government assets not by open bidding but handed over to cronies, courtiers and siblings of the establishment. Every single one is in trouble. Look at the North-South Highway, now saddled with RM30 billion in debt and the cost of using it continually rising. The government which proudly proclaimed that it should not be in the business of business now eats crow and buys it back from its favoured sons so that they would not be bankrupt.

The government's rescue of not MAS but its controlling shareholder, Tan Sri Tajuddin Ramli, like the 1999 general election results, threatens the survival of the government. It brings the nation to the level of the bankrupted assets. Malaysia is in deep financial straits, but the government masks it by announcing major projects costing billions of ringgit with neither the intention to see it through nor to even begin to construct it. Public works projects are held back because the PWD, for lack of funds, cannot even begin work.

The government cannot justify the bailout of its cronies, courtiers and siblings of the establishment. Some could have been but how would you justify the bailing out of a crony like the Super Bumiputra aka international business man of unquestioned reputed, one Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan? Danaharta, to those interested, now controls the Berjaya Group, with 30 per cent of the company's shares, while the Great Man holds just over seven per cent. Why?

The finance minister, Tun Daim Zainuddin, should come clean and state unequivocally the state of Malaysia's financial and fiscal position at the next session of Parliament, due mid-March. He would not, of course. The government does not believe in keeping its people informed, preferring to drug them with intentions of good faith. But this is not his only problem.

Many privatised, and almost all bailed-out, projects are indirectly linked to him. But UMNO members also want to know what happened to the assets UMNO had in a company it owned called Hatibudi, which had the privatisation of the highways now under the Renong-UEM combine. Since Tun Dam is treasurer of UMNO, the pressure is on him to reveal where that estimated RM1,000 million is, and how well it had done in the decade or so it was under his control. Removing of the printer's name from Malaysian currency notes shows desperation than prudent fiscal management.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my


Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html