Laman Webantu   KM2A1: 3770 File Size: 7.5 Kb *



TAG MT 32: Tragedi Bikinan Manusia
By Sacbee

11/2/2001 10:15 am Sun

TAG 032

[Bencana yang menimpa India bukan sahaja menumbangkan bangunan, tetapi ia juga mungkin merobah kuasa politik yang mencengkam. Kadar kematian yang begitu tinggi itu membongkar banyak perkara yang tidak kena dalam agenda pembangunan negara. Isu keselamatan sanggup diperjudikan demi mengaut keuntungan. Kemarahan rakyat pasti sukar terpadam, dan ia mungkin menggegarkan kerajaan sekarang.

Begitu jugalah halnya dengan negara kita. Segala macam mahu dibina sehingga sanggup berhutang sekeliling dunia tanpa memikirkan gangguan alam atau getaran dunia niaga di hari muka. Apabila bencana menimpa, akan ranaplah semua struktur yang lemah itu sehingga terlalu sukar untuk memulihkannya kerana kekayaan sudah pun tiada. Ketika itu menangis pun tidak akan dapat mengembalikan apa-apa. Bukan salah alam, tapi salah manusia, kerana merekalah yang membina dalam alpa.
- Editor (terkenang tragedi Highland Towers dan teman yang sudah tiada)
]


Penterjemah: -MT-


Tragedi Bikinan Manusia

(Man-made tragedy - Corruption, shoddy standards caused many Indian deaths)

Bee Editorials - Feb. 6. 2001


Pembinaan yang diawasi oleh piawaian yang paling tinggi masih tidak mampu menampan kematian, kecederaan dan kemusnahan daripada salah satu pengalaman getir alam semula jadi. Inilah dia bahana gempabumi. Penduduk California memang sudah lali dengan pengalaman ini. Namun, para pakar memang faham tanpa sebarang keraguan betapa kemusnahan yang menimpa Gujerat boleh diringankan. Apa yang terjadi adalah gambaran betapa kelemahan manusia telah menyebabkan kematian yang tinggi setiap kali negara-negara yang miskin diserang bencana alam.

Yang ironis, ekonomi India yang sedang meluap telah menyumbang kepada kematian yang meragut puluhan ribu nyawa. Bangunan tinggi-tinggi untuk dijadikan apatmen dan juga pejabat telah dibina secara gelojoh sejak beberapa tahun yang lalu selalunya dengan kos yang murah-murah, alat binaan yang kurang bermutu dan dalam banyak projek, bangunan itu tidak pernah diperiksa untuk menentukan mutu bikinannya. Memadai dengan pemeriksaan wang yang dibayar sebagai sogokan untuknya. Di banyak tempat, lebih banyak bangunan yang baru terbina yang remuk dibandingkan dengan bangunan yang lama. Siasatan jenayah sedang dipesatkan untuk menyahut kemarahan rakyat.

Apakah tindakan pendakwaan akan menyusul kemudiannya ataupun apakah semua itu akan mebawa perubahan, adalah sesuatu yang boleh disangsikan. Yang pasti ialah betapa perlunya satu piawaian sejagat yang boleh digunakan di mana saja dan diperteguhkan melalui peruntukan khas di negara yang memerlukannya, sama ada untuk menentukan kaedah pembikinan yang lebih baik ataupun untuk menampung kesan kejutan gempa susulan yang sungguh mengerikan. Salah satu kritikan utama selepas berlakunya gegaran gempa bumi di Gujerat itu ialah cara kerja-kerja bantuan (penyelamatan) yang terpaksa dirancang oleh orang tempatan mengikut cara spontan. Kebanyakan usaha itu adalah hasil kerja rakyat marhaen dan bukannya oleh kerajaan pusat ataupun agensinya.

Apabila bencana sebesar ini berlaku, agensi sejagat, agensi kerajaan dan pasukan sukarelawan terpaksa bertindak dengan segera tanpa ada helahnya. Malahan, dalam hal ini, Pakistan yang merupakan musuh ketat India telah mengirimkan beberapa bahan bekalan melalui pesawat udara. Tindakan yang sama pernah dilakukan oleh Turkey dan Greece apabila negara yang sentiasa bermusuhan itu mengalami bencana yang sama secara berasingan, dulu. Walaupun sikap perikemanusiaan itu menyemarakkan keriangan di hati, dunia sejagat masih boleh memperbaiki keadaan dengan mencipta satu piawaian dan peraturan sejagat untuk mengurangkan bahaya tragedi yang mampu menggelodak untuk meruntun nayawa manusia. Kerajaan perlu didesak untuk bertindak tegas terhadap kerakusan, penipuan dan tamak haloba yang memudahkan kerja-kerja dalam menghenyak dan mengganyang insan. Desakan ini perlu dilakukan secepat mungkin. Seorang pakar seismologi di University of Colorado telah membuat kajian mengenai pergerakan bumi di benua India selama 15 tahun dan berpendapat bahawa rantau itu akan berkemungkinan diserang oleh gempa bumi secara berurutan dalam masa yang terdekat.

-The Sacramento Bee-


>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT10.2.2001<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Sumber: http://www.sacbee.com/voices/news/voices02_20010206.html


Man-made tragedy:

Corruption, shoddy standards caused many Indian deaths

(Published Feb. 6, 2001)

Not even the highest standards of construction can prevent death, injury and destruction from one of nature's most terrifying experiences: earthquake. Californians certainly know that. But experts also know beyond doubt that the calamity that struck the Indian state of Gujarat could have been greatly mitigated but for the human failures that magnify the death toll when poor countries are hit by natural disasters.

Ironically, India's booming economy was a contributing factor to a death toll that may reach tens of thousands. High-rise apartment houses and office buildings built hastily in recent years too often included cheap, substandard construction materials and in many cases were not inspected -- either because of official laxity or the payment of bribes. In some areas newer buildings were more heavily damaged than older structures. Criminal investigations are under way in response to public outrage.

Whether there will be diligent prosecutions, and whether they will make a difference, is uncertain. What is certain in the need for a set of standards that can be applied anywhere in the world and reinforced through the provision of expertise to countries needing it, either to ensure better construction methods or to cope with the nightmarish process of an earthquake's aftermath. One of the main complaints in the wake of the Gujarat temblor has been that relief efforts had to be spearheaded locally on an ad hoc basis, often through private efforts, rather than through a centralized government agency.

Inevitably when disasters of this magnitude occur, international agencies, governments and private relief agencies swing into action. In this case, even Pakistan, India's historic antagonist, has sent planeloads of supplies, and there were similar responses by old enemies Turkey and Greece when those two countries were hit by successive earthquakes a couple of years ago. But however heart-warming such acts of compassion are, humanity can do better by working to create common standards and procedures to minimize the cost in human life when tragedy strikes, and to put pressure on governments to deal sternly with the greed, corruption and fraud that make nature's assaults on societies worse than they have to be. And these steps ought to be taken soon: A University of Colorado seismologist who has studied movements of Earth on the Indian subcontinent for 15 years says the region may well have several more high-magnitude earthquakes in the near future.


Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html