Laman Webantu   KM2A1: 3744 File Size: 12.1 Kb *



TJ MT MGG: Kenapa Anwar Ibrahim Diberikan Layanan Istimewa di Penjara?
By M.G.G. Pillai

7/2/2001 1:23 am Wed

MGG3301

[Sebenarnya layanan yang diterima Anwar adalah layanan yang diberi oleh penentu penjara sendiri, iaitu menteri-menteri terbabit. Bukan salah Anwar, tapi salah mereka juga. Mereka berdilema kerana sudah mati aqal kerana teramat takut reaksi rakyat. Salah mereka, tetapi mengapa kita pula yang terpedaya dan mungkin menyalahkan Anwar pula? -Editor]

Penterjemah: -MT-


Kenapa Anwar Ibrahim Diberikan Layanan Istimewa di Penjara?

(MGG: Why Does Anwar Ibrahim Get Special Privileges In Prison?)

Catatan: Artikel asal disiarkan oleh 'Keadilan' keluaran terkini.


Kita mudah terpedaya setiap kali perdana menteri dan juga timbalannya memberitahu betapa mantan timbalan perdana meneri Dato Seri Anwar Ibrahim, menerima layanan istimewa dalam penjara. Kita mudah naik marah dengan cerita itu kerana beliau ialah seorang banduan. Kita bertanya kenapa keistimewaan itu diberikan kepadanya sedangkan orang lain tidak pun menerimanya? Di sinilah kita tersilap sesuatu. Memang, dia menerima layanan istimewa itu kerana itulah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan. Bukannya semua orang yang ditangkap di bawah Akta keselamatan Dalam Negara (ISA) yang ditutup matanya dan digari tangannya dan diberikan asakan pukulan karate bertubi kali mengikut ayunan khas yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara. Tidak ada sesiapa yang dikenakan hukuman penjara begitu lama berasaskan tuduhan yang tidak dapat dibuktikan seperti yang pernah dilaluinya. Tidak ada sesiapa yang diberikan bilik khas sebesar sebuah apatment studio, seperti yang disebut secara berulang-ulang oleh Dato' Abdullah Badawi, lengkap dengan kemudahan yang hanya dapat dimimpikan oleh banduan lain di Malaysia ini. Semua itu diberikan kepada beliau. Kenapa agaknya?

Kenapakah Perdana Menteri dan timbalannya menyalahkan beliau kerana segala kemewahan yang diluluskan sendiri oleh menteri Halehwal Dalam Negeri? Dia dimasukkan ke hospital kerana menghidapi penyakit yang dianggap oleh para doktor boleh membuatkannya lumpuh seandainya dia tidak diberikan rawatan segera. Dia memerlukan rawatan di luar negara. Saya diberitahu kerajaan bersedia membenarkan permintaannya itu sekiranya dia bersetuju untuk tidak pulang kembali ke negara asalnya. Memang dia tidak akan bersetuju dengan perkara itu. Pada 1973 dulu dia ditahan di bawah ISA, sahabatnya telah mendapatkan biasiswa untuk beliau menyambung pelajaran di Oxford, tetapi beliau enggan menerimanya selagi kerajaan masih mengenakan akta drakonian itu terhadapnya. Apabila kumpulan yang sama memberikan tawaran yang serupa sebelum dia ditangkap pada September 1998, dia menolak lagi, kerana tidak mahu dianggap laksana seorang pencuri yang cuba lari di malam hari. Kalau dia pergi juga ke luar negara untuk mendapatkan rawatan, dia akan pulang semula, dan berkemungkinan menerima nasib yang dilalui oleh Benigno Aquino. (Senator Aquino telah pulang daripada Amerika dan ditembak mati oleh pembunuh upahan di landasan 'tarmac' kapalterbang Manila - penterjemah)

Perdana menteri dan timbalannya boleh terus mengeluarkan kata-kata yang muluk-muluk, merepet dan jua meracau. Tetapi, secara berahsia mereka semakin sedar dan sanggup pula mengakuinya bahawa musuh ketat mereka itu masih menerima sokongan dan simpati rakyat marhaen. Kerjaya politik mereka kini banyak bergantung kepada apa yang akan jadi akhirnya kepada Dato Seri Anwar. Penyakit yang ditanggung oleh Anwar itu sudah dipolitikkan begitu hebat sekali, dengan daya usaha dan kepintaran para penyokongnya; kalau berlaku sebarang bencana di meja bedah kelak, ia akan dijadikan bukti betapa kerajaan mempunyai peranan dalam bencana itu. Para penyokong Anwar sudah semakin galak mengulang kisah kematian pengerusi Hospital Pantai, Dato' Wan Adli, yang menjalani pembedahan kerana sakit resdung di hospital kepunyaannya sendiri dan mati ketika dibedah. Kemudian diungkit pula cerita letupan misteri yang berlaku ke atas sebuah helikopter yang sepatutnya dinaikki oleh Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dulu. Begitu juga dengan kisah Mercedes beliau yang terpaksa melanggar bukit di Langkawi (kerana minyak berek yang kering - penterjemah). Tindakan dan laungan para penyokong agar beliau menjalani rawatan di luar negara sudah semakin lantang kini. Tetapi, perkara itu sudah tidak penting lagi kerana para doktor percaya adalah lebih baik kalau dilakukan 'microsurgery' ke atasnya. Kalau rawatan begitu dilakukan risiko beliau lumpuh adalah sedikit sahaja berbanding dengan pembedahan menyeluruh yang sudah tentu membawa risiko yang lebih tinggi lagi.

Tetapi, kenapakah beliau dikurung bersendirian? Kenapa pula pihak kerajaan mengarahkan agar dua buah kamera dipasang dalam kamarnya - satu kamera menghala ke arah pintu keluar dan satu lagi ke arah ruang dalaman? Saya difahamkan pegawai penjara tidak pernah menggeledah kamarnya, tetapi kerja jijik semacam itu dilakukan oleh orang lain pula. Kenapakah kamarnya itu digeledah semasa dia berada di hospital? Adakah untuk memeriksa samada dia mempunyai satu komputer peribadi ataupun mempunyai talian telefon yang boleh disambung kepada para penyokongnya? Layanan yang diterimanya itu tidak seperti yang dinikmati oleh seorang banduan istimewa yang merupakan kroni perdana menteri, yang mempunyai tilam aqua untuk tidurnya dan di malam hari dibiarkan keluar daripada penjara untuk menguruskan perniagaannya. Menteri hal ehwal dalam negeri mempunyai hak menentukan apa bentuk keistimewaan yang perlu diberikan. Dia boleh menamatkan semua keistimewaan itu, tetapi risikonya dia terpaksa berhadapan dengan penentangan yang lebih hebat lagi.

Hakikatnya, Dato Seri Anwar mungkin pernah membuat kesilapan di masa yang lalu, tetapi kini dia adalah simbol segala kesilapan yang berlaku dalam masyarakat Malaysia. Kalau boleh kerajaan mahukan beliau lenyap begitu sahaja dari bumi negara ini. Tetapi, di waktu yang sama kerajaan amat takut kalau-kalau perkara semacam itu boleh berlaku. Kalau boleh, dia mesti hidup dan mati pada satu waktu yang sama. Apa pun yang mungkin berlaku sudah pasti mencetuskan kegusaran di kalangan pemimpin UMNO. Kerajaan sudah tidak berdaya lagi mengabui pemikiran para penyokongnnya bahawa dia diberikan layanan yang istimewa sedangkan dia tidak pun menerima semua itu. Inilah yang membuatkan kisah Anwar itu menjadi satu saga yang menakjubkan. Dato Seri Anwar telah memperjuangkan satu rukun hidup yang bermaruah, dia tidak boleh berganjak daripada pendirian itu kerana ini akan menamatkan riwayatnya. Sebetulnya kerajaan sudah mati akal tentang cara menangani masalah mereka dengan beliau. Lagipun kerajaan sudah buta hati tentang tindakan yang patut dilaksanakan.

- MGG Pillai -

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

I contributed this to the KeADILan party paper, and appears in the latest issue.

-------

WHY DOES DATO' SERI ANWAR IBRAHIM GET SPECIAL PRIVILEGES IN PRISON?

M.G.G. Pillai


We are so immured that when the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, and his deputy, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, tells us the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, gets special privileges in prison, we are angry he does. He is a prisoner. Why should he get these privileges others do not? But we miss the point. Yes, he gets the special treatment because the government gives it to him. Not everyone arrested under the Internal Security Act is blindfolded and handcuffed and honoured by near fatal karate blows on him by no less than the Inspector-General of Police. No one is sentenced to long terms of imprisonment on unproven charges of s###my and corruption as he is. No one is given a special room the size of a studio apartment, as Dato' Abdullah Badawi asserts, with facilities other prisoners can only dream of in Malaysia. No one can be kept isolated as he is. It breaks prison regulations. But he is. Why?

Why is the Prime Minister and his deputy blaming him for the special treatment the home miniter has decreed for him? He is in hospital for a serious medical problem his doctors say could paralysis him if not treated quickly. He wants treatment overseas, which I understand the government would allow so long as he does not return. He would want no such thing. When he was detained under the Internal Security Act in 1973, his friends got him a scholarship to Oxford for a higher degree, but he said he would not so long as the Malaysian government decided he should be in. When the same group offered the same offer before his arrest in September 1998, he declined, insisting he would not run away as a thief in the night. If he goes overseas for medical treatment, he would return, as Benigno Aquino did, to perhaps the same fate.

The Prime Minister and his deputy can rant and rave, but they admit, in private and now reluctantly in public, that it is their nemesis that has the public sympathy. Their political careers depends on what happens to Dato' Seri Anwar. His illness is now so politicised -- the Anwarians did a good job of that -- that any mishap on the operating table would be ipso facto proof of government orders. Those in the Anwar camp invariably point to the strange death of the chairman of Pantai Hospitals, Dato' Wan Adli, of a sinus operation that went sour in his own hospital. They point to the mysterious helicopter crashes in which he was to have travelled, as deputy prime minister, but did not at the last moment. Or of his Mercedes crashing into a hill in Langkawai. The rising political clamour amongst his supporters to have him operated upon overseas keeps the issue alive. But it is a non-issue. His doctors believe he is better off with microsurgery, in which the risks of paralysis is miniscule, as against invasive surgery in which it is not.

That is not all. Why is he in solitary confinment? Why did the government order that two cameras be installed in his cell -- one trained on the door and the other inside? I understand the prison authorities would not inside the cell, but the other has been. Why was his cell raided when he was in hospital? To see if he kept a personal computer or had radio connexions with his supporters outside? Unlike a privileged prisoner, once a crony of the Prime Minister, he does not have a waterbed nor does he leave the prison gates to attend to his business outside. The home minister decides what privileges he gets. He could turn the tap off. But if he does, he would face even more opposition.

The fact is Dato' Seri Anwar Ibrahim, for all his faults, is now a symbol of what is wrong with Malaysian society. The government would want nothing better than to have him disappear mysteriously from the face of the earth. And frightened he would. He should be alive and dead at the same time. But either sends shivers down many an UMNO spine. The government cannot even convince his hyperactive supporters he gets special privileges when he gets none. If it cannot, they would continue to keep the Anwar Saga in the public eye. Dato' Seri Anwar fights for the moral high ground. If he blinks now, he is finished. He cannot afford to, even at the cost of his life. Frankly, it does does not know what to do with him. Nor what it should do.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my


Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html