Laman Webantu   KM2A1: 3681 File Size: 13.8 Kb *



TJ MT MGG: Kuasa Rakyat Bukan Kuasa Keramat?
By M.G.G. Pillai

29/1/2001 1:20 am Mon

MGG2301

[Kuasa Rakyat memang berbisa tetapi jika dicemari ia akan menjadi alat pihak tertentu yang beragenda. Estrada menjadi mangsa mainan licik musuhnya yang berpura-pura sebagai rakan karibnya. Walaupun begitu Estrada sanggup dibicarakan dan tidak sanggup meninggalkan negaranya kerana dia ada akur kepada rakyat tetapi belum tentu akur kepada 'dalang' di dalam rakyat. Kebenaran kelihatan tenggelam dalam sorakkan, kerana Estrada berundur dengan tongkang, tidak terperusuk ke penjara.

Krisis Estrada menyerlahkan betapa suara rakyat perlu dihormati dan bukannya lesen untuk meninggikan diri dan menjauhi rakyat yang berjasa mengundi mereka selama ini. Kegagalan pemimpin nombor satu membanteras gejala korupsi boleh menyebabkan dia sendiri dicurigai. Estrada berani di adili, tetapi mengapa pemimpin Malaysia amat takut walaupun hanya kekandang saksi? - Editor (Hmmm.. kemungkinan sentiasa ada)]


Penterjemah: -MT-


Kuasa Rakyat Bukan Kuasa Keramat?

(People's Power Is Not The Proper Way?)

Walaupun kuasa rakyat dikatakan mempunyai kuasa keramat, cara Presiden Joseph Estrada mengundurkan dirinya, memberikan gambaran bukan kepada keajaiban kuasa rakyat itu dan bukan juga kepada pilihan rakyat, tetapi ia menyerlahkan insitusi demokrasi yang semakin rapuh. Estrada dikenakan tindakan undang-undang kerana seorang kroni lamanya seorang gabenor dan juga raja judi Luis Singson belot untuk menjadi musuhnya. Beberapa orang saksi telah tampil di muka pengadilan Dewan Senate untuk mengaku mereka terbabit sama. Dewan Senat bertindak menghumban segala tuduhan itu. Di waktu inilah usaha menggulingkan Estrada dimulakan. Mahkamah Tinggi telah menggugurkan kuasa yang ada padanya. Dia pun meletakkan jawatan dan berundur (dengan menaikki tongkang).

Insan yang dipilih dua tahun setengah yang lalu dengan pengundian yang paling tinggi di Filipina dipaksa untuk berundur berdasarkan himpunan tuduhan yang tidak banyak buktinya. Penyebab tercetusnya tuduhan itu bukanlah satu soal yang penting. Ia adalah berasaskan sikap membetulkan perjalanan politik yang menyimpang. Seolah-olah satu sindiran mengenai moral masyrakat seluruhnya. Inlah dia satu pertembungan di antara anggapan yang berbeza. Estrada adalah simbol kumpulan miskin yang tidak banyak kuasa dan bertembung dengan kumpulan kelas menengah yang kaya raya dan yang memberi kuasa dan kini diwakili oleh seorang yang pernah menjadi timbalan presiden beliau dulu, Gloria Macapagal Arroyo.

Apakah Presiden Macapagal-Arroyo dilantik secara sah? Malahan, apakah Presiden Cory Aquino dulu dilantik secara sah pada 1986? Bukankah dia dilantik dulu atas nama Kuasa Rakyat dan bukannya perlembagaan negara? Presiden Macapagal-Arroyo, seperti juga Presiden George Bush dilantik kejawatan mereka kerana diputuskan oleh mahkamah.

Tiga puluh tahun yang lalu, Edward Lutwak pernah menulis dalam bukunya "Coup D'Etat" (Bahasa Peranchis bermaksud Rampsan Kuasa - penterjemah): apa yang perlu untuk menggulingkan kerajaan - dia menulis mengenai Afrika - ialah dengan merampas 'installations' (yakni tempat penting seperti stesen radio, jankuasa, ampangan, kem tentera, istana dan sebagainya - penterjemah) markas tentera, dan pasukan pengawal istana. Kalau mahu menggantikan seronag pemimpin di Asia Tenggara, apa yang diperlukan ialah melancarkan himpunan rakyat berdemo terhadap pemimpin itu di ibukota negara. Kerana itu ramai rakyat berkumpul untuk menyaksikan pengunduran terakhir Estrada.

Kebencian yang menular tidak memastikan penyingkiran sesaorang pemimpin. Kebencian yang menyendiri mampu melakukan itu pula. Inilah yang berlku kepada presiden Ferdinand Marcos selepas terbunuhnya Senator Benigno Aquino sebaik beliau tiba di lapangantgerbang daripada tempoh pembuangan di negara orang (Amerika). Presien B.J. Habibie tersingkir kerana Timor-Timor, Presiden Estrada kerana dendam kesumat; Perdana Menteri Mahathir Mohamad kerana mengaibkan Anwar Ibrahim dan memenjarakannya. Presiden Suharto telah memegang kuasa begitu lama sehinggakan pentadbirannya dilihat sebagai memusuhi rakyat marhaen hinggakan kemarahan mereka itu memuncak dan berjangkit. Presiden Abdurrahman Wahid mungkin tergelincir kerana masalah Aceh.

Kepercayaan umum betapa kuasa rakyat adalah lebih kuat daripada pilihan rakyat tidak mampu menonjolkan pemerintahan yang saksama, Cuma politik gerombolan penjahat semata-mata. Kuasa rakyat hanya mempu menyerlah apabila seorang pemimpin itu sudah berada dalam satu situasi yang amat tertekan dan bukannya ketika dia masih kuat berkuasa. Tetapi, usaha untuk memaksa satu perubahan di luar lunas-lunas perlembagaan - kerana itulah caranya setiap pemimpin di Asia Tenggara ini mencengkam kuasanya - akan menggugat akar tunjang pentadbiran dan politik negara.

Presiden Macapagal-Arroyo telah berkata bahawa Presiden Estrada akan dikenakan beberapa tuduhan lagi kerana menyalahgunakan kuasa. Apakah itu alasan sebenar beliau digulingkan? Presiden Estradda mungkin sudah dipaksa meletakkan jawatannya tetapi dia masih mempunyai kumpulan askar yang masih lagi setia kepadanya. Setakat ini dia enggan pergi ke negara asing, bererti dia berura-ura untuk melawan semula. Seandainya ini berlaku, ketenangan yang berlaku ketika dia berundur dulu akan hanya merupakan satu impian sementara sahaja. Dia masih lagi mampu menggerakkan jutaan rakyat marhaen untuk membanjiri jalanraya Manila untuk mengganyang presidennya seperti yang dilakukan oleh kumpulan yang mengganyangnya dulu.

Kenapakah kerajaan dan pemimpinnya dibenci oleh rakyat? Tentunya bukan disebabkan korupsi, kronisme ataupun pemerintahan yang pincang. Kebencian rakyat marhain memuncak apabila para pemimpin itu melupakan para pengundi yang memangkah kertas undi untuk memilih mereka. Mereka pula mempunyai satu kepercayaan sebaik sahaja dilantik mereka sepatutnya tidak diganggu lagi. Mereka menjadi angkuh dan tidak berminat menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa mereka tahu apa yang rakyat mahu dan memberitahu mereka apa yang sepatutnya mereka mahu. Selalunya apa yang diperlukan oleh sesaorang rakyat marhaen itu ialah perkara yang mudah sahaja. Contohnya ialah menentukan surat kelahiran anaknya itu mudah didapati, ataupun anaknya dapat bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka ataupun longkang di depan rumahnya itu dibersihkan sekali sekala.

Apakah mungkin satu himpunan manusia yang ramai mampu berfikir dengan waras. Ataupun apakah mereka berkumpul itu bukan disebabkan isu yang hangat tetapi disebabkan berminat untuk mendapat penyelesaian terhadap masalah peribadi ? Apakah himpunan manusia itu yang membuatkan sesuatu kerajaan itu berundur ataupun apakah disebabkan rasa berdosa? Memang pernah berlaku betapa hanya satu isu yang hangat yang menjatuhkan sebuah kerajaan dan bukan disebabkan proses perlembagaan. Ketika Benjamin Disraelli, menjadi ketua pembangkang di House of Commons (Dewan Rakyat Britain) pada kahir 1880-an dulu, dia telah menuduh Perdana Menteri ketika itu, W.E. Gladstone kerana bersikap tidak berunding dengan rakyat. Perdana Menteri menjerit balik tuduhan itu dengan berkata: "Aku sudah pun berunding dengan rakyat. Aku sudah pun mendengar pendapat mereka. Cuma aku lakukan apa yang sebaliknya!" Memang ada kebenaran dalam kenyataan itu.

Setiap negara yang telah mencapai kemerdekaanya di Asia ini, mendapati betapa wujudnya jurang yang luas di antara pihak yang memerintah dengan yang diperintah. Setiap kali diadakan pemilu, sepatutnya jurang pemisah di antara wakil yang dipilih dengan rakyat marhaen yang diwakilinya itu menjadi bertambah rapat. Di setiap negara di Asia Tenggara, jurang itu menjadi semakin luas. Perasaan marah yang diperam begitu lama selalunya menjadikan masalah yang remeh-temah meledak tanpa sebarang alasan yang boleh diduga. Kerana itu seorang lagi pemimpin akan pergi mencari perlindungan. Apakah itu demokrasi namanya?


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


23 January 01

malaysiakini

CHIAROSCURO

MGG Pillai


People's Power Is Not The Proper Way?


Axiomatic and popular it might be, but how President Joseph Estrada left office reflects not people's power nor people's choice but the decline of democratic institutions. He was impeached when an old crony, the governor and gambling kingpin, Luis Singson, turned enemy. Witness after witness repeated, in the Senate trial, how each had a role in this bribery. The Senate threw the charges out. He could not therefore rebut the allegations, but the rolling anti-Estrada bandwagon rolled on, the Supreme Court stripped him of his powers, he resigned and left.

The man elected two-and-a-half years with the highest vote in the Philippines is forced out by a miasma of unproven allegations. What forced the impeachment was not what forced it. It was political correctness. It was a sudden quirk of public morality. It was a clash of different worldviews. He represents the unempowered poor against the empowered middle class represented by his vice-president and now his successor, Gloria Macapagal-Arroyo.

Was President Macapagal-Arroyo properly elected? Indeed, was President Cory Aquino properly elected in 1986 when she took office in the name of People Power and not the constitution? President Macapagal-Arroyo, like President George Bush, is elected to office because the courts so decreed.

But, as Edward Luttwak wrote in his book, "Coup D'Etat" thirty years, all it takes to replace the government -- he talked of Africa -- was to seize key installations, the military barracks, and the presidential guard, all it needs to replace a leader is Southeast Asia to have massive crowds demonstrating against him in the capital. And the crowds were on hand in Manila for President Estrada's coup de grace.

Widespread dissaffection does not damn a leader. A single often does: President Ferdinand Marcos the killing of Senator Benigno Aquino as he arrived from exile; President B.J. Habibie over for East Timor; President Estrada for a personal vendetta; Prime Minister Mahathir Mohamed over his former deputy, Anwar Ibrahim's arrest and jailing. President Suharto stayed on too long and his administration seen as an enemy of the people that the anger against him was widespread. President Abdurrahman Wahid could well be felled over Acheh.

This widespread belief that people's power is more powerful than people's choice brings into prominence not orderly governance but rabble politics. People's Power emerges only when the leader is stricken, not when he is strongest. But to force a change outside the constitution -- which is how every leader is run out in Southeast Asia -- undermines the sinews of administration and politics.

President Macapagal-Arroyo has said President Estrada would face further charges of misuse of office. But is that why he is thrown out? President Estrada is forced out of office but he still has his legions behind him. He has, so far, refused to go overseas, which means he intends to fight back. If he does that, the orderly administration his departure would bring is but a pipe dream. He is as capable of bringing the millions into Manila against his president as his detractors are.

Why are governments and leaders hated so much by the people? It is not corruption, nor cronyism, nor even bad governance. It is when they ignore the people who voted them in. It is this belief that once elected, they should not be touched. They become aloof and do not address the people's wants. Instead, they presume they know what they want, and tell them what they should want. Often, all they want is to make sure his child's birthcertificate is in order or his child goes to a school near his house or have the drains in front of his house cleaned regularly.

But can a constant stream of huge crowds think straight, or do they join for not the issue at hand but for their own personal difficulties and problems? Is it the crowds per se that forces the government to disengage or it is personal guilt? There is often some merit in the single issue that forces the government's hand, but not if it is to force the government out unconstitutionally. When Benjamin Disraeli, then in the Opposition in the House of Commons in the late 1880s, accused the then Prime Minister, W.E. Gladstone, of not consulting the people, he shot back: "Of course, I consult the people. Having heard them, I do the exact opposite!" There is some merit in that.

The years of independence, in every country in Asia, has built a gulf between the rulers and the ruled. When there is frequent general elections and elected representatives who represent their constituents, that is narrowed. In every country in Southeast Asia, the gulf is as wide as is possible. Bottled-up seething resentment built over years over often small problems explodes for no reason at all. And another leader goes into exile. But is it democracy?


Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html