Laman Webantu   KM2A1: 3629 File Size: 13.6 Kb *



TAG MT 3: B1 Kisah Agen Perjalanan
By Michael Winchester

19/1/2001 8:13 pm Fri

TAG 003

[Memang seronok membaca terjemahan Pak -MT- kali ini. Satu kisah menarik bagaimana seorang pakar menyeludup beroperasi tanpa dikesan. Dia berlesenkan kepada sesuatu yang ditakuti orang. Keresahan orang penghubung itu menampakkan begitu hebatnya dia sehingga begitu sukar untuk menuturkan kata. Pakar tersebut tinggal di Malaysia. Tentu ada sesuatu di sini yang memudahkan beliau. Saya serahkan kepada pembaca untuk memikirkannya.... - Editor ]


Penterjemah: -MT-

Kisah Agen Perjalanan

(The Travel Agents)

Oleh: Michael Winchester
Asiaweek; january 19, 2001 Vol.27 No.2

(Bahagian 1)


Peniaga yang berbadan gempal itu merapatkan dirinya ke meja bar. Biji matanya semakin merapat ketika dia bertanya; "Bolehkah saya bertanya," katanya dengan satu nada yang perlahan menandakan dia tidak akan mengulangi soalan itu lagi. "Siapakah anda sebenarnya?" Suasana petang itu masih muda lagi. Bar yang kami kunjungi itu pun belum dibanjiri manusia lagi. Ia terletak di Jakarta Tengah dan disitulah akan melayan seorang tetamu daripada Pakistan sambil menikmati minumanku.

Kami memanggilnya dengan nama "Tareq". Dia memang sudah terkenal sebagai seorang ketua sebuah sindiket yang menyeludup orang asing melalui Indonesia untuk memasukki Australia. Setengah jam telah dihabiskan untuk kami menikmati minuman sambil sekali-sekala mengangkat gelas minuman untuk menaikkan selera. Aku merasakan sudah tiba masanya untuk mendedahkan bahawa aku adalah seorang wartawan yang sedang memburu cerita mengenai jenayah trans-nasional. Kerana itu aku memerlukan jawapan darinya.


Tareq menarikkan keningnya dan mengetap bibirnya. Dia tidak berapa selesa dengan pendedahan aku itu. Dia masih tidak mempercayainya dan memikirkan apakah anggapan aku terhadapnya. Yang lebih teruk, dia tidak mempercayai langsung yang aku ini seorang wartawan. Dia lebih yakin aku adalah seorang perisik kerajaan Australia yang bebal sahaja rupanya. Kepincangan aku menonjolkan wibawa memang mempunyai persamaan dengan gelagat seorang spy daripada Australia. Suasana di situ menjadi terus sunyi sepi. Tareq masih terpaku di kerusinya yang teletak di antara aku dan pintu dewan minuman itu.


Aku telah menghabiskan satu bulan untuk sampai ke tahap itu. Aku mencari satu cerita bagaimana beberapa sindiket jenayah terbaru Asia beroperasi mewujudkan satu lorong perjalanan bawah-tanah (haram). Aku mahu tahu bagaimana mereka mengatur perjalanan manusia secara haram daripada Tenggara Asia dan Timur Tengah untuk memasukki Australia. Minggu demi minggu sejak pertengahan 1998 dulu, beberapa kapal yang sarat dengan muatan manusia Timur Tengah telah disekat ketika menghampiri kepulauan di bahagian utara Australia untuk mendarat. Mereka mencampakkan dokumen perjalanan ke dasar laut untuk dimainkan oleh gelombang dan untuk memudahkan tuntutan suaka politik dan kemudahan khemah pelarian. Arus kemasukan manusia seperti ini semakin meningkat sehingga mengemparkan pencegah jenayah. Ia mencetuskan perbelahan di antara Canberra dengan negara jirannya. Kemasukan pendatang Tehran dan Karachi melalui Kuala Lumpur dan Jakarta semakin membimbangkan Sydney dan Melbourne. Dulu kemasukan mereka sekitar ratusan sahaja, kini jumlah itu naik sehingga ribuan banyaknya.


Mungkin secara kebetulan, perjalanan semacam itu bermula hanya beberapa meter jauhnya daripada 'bar' tempat kami menikmati minuman itu. Siapa sangka puncanya terletak di bahagian belakang sebuah kedai menjual burger McDonald? Tentu sekali ia memberikan pengalaman dua rasa di antara berhijrah secara rahsia dengan Big Mac yang menaikkan selera. Suasana kedai Mac Donald Jakarta yang terletak di kompleks Belibelah Sarinah memang mempunyai ketampanannya yang tersendiri. Setiap malam sekitar jam sembilan, keadaan ruang dalaman yang terang benderang akan bertukar rupa laksana Baghdad dengan pasar jualan barang kitaran semula. Semua meja makan yang dibuat daripada plastik yang berbentuk bulat akan dipenuhi oleh orang yagn berasal daripada Timur Tengah - Arab, Iran, Afghan, Kurdistan sebagai contohnya. Hampir semuanya orang lelaki yang berumur antara 20-an dan 30-an.


Saya pernah bertemu satu kumpulan orang Iraq yang gagal memasukki Australia - 'Negri Bertuah' kata mereka. Usaha mereka berakhir dengan keperitan dan kegagalan walaupun banyak wang sudah mereka belanjakan. Mereka juga yang menyebut nama Abu Ayat, Akbar dan Penerbangan IR840.




Tukang Urus

Abu Ayat adalah satu nama yang dikaitkan dengan seorang agen perjalanan. Dia merupakan tukang urus yang memudahkan perjalanan bersifat antarabngsa. Yang membezakan insan berusia 40-an dan pernah bertugas sebagai seorang jurutera itu daripada seorang agen professional yang biasa anda lihat ialah cara dia menjalankan tugasnya tanpa sebarang pejabat. Dia menggunakan telefon bimbit dan menggunakan nama lain sepergti Abu Ayat untuk satu tempoh yang begitu lama sehinggakan dia sudah terlupa nama asal yang diberikan oleh ibu bapanya. Yang lebih menekan lagi ialah harga yang dikenakan kepada pelanggannya boleh mencecah $8,000 dollar setiap seorang. Itu pun untuk tiket satu hala dan mesti dibayar secara tunai sahaja. Wang itu tidak akan dikembalikan lagi walaupun anda mampu menjejaknya nanti.


Abu Ayat ialah seorang penyeludup manusia. Dia menetap di Kuala Lumpur di sebuah apatmen yang selesa tarafnya. Abu Ayat mundar-mandir di antara Malaysia, Indonesia dan sekali-sekala Bangkok untuk menguruskan perniagaan yang masakini merupakan sesuatu yang lebih lumayan daripada projek membina jambatan. Dia merupakan sebahagian daripada satu industri yang menentukan perjalanan sekitar lima juta manusia setiap tahun - kebanyaknnya daripada Dunia Ketiga untuk memasukki negara kaya di Amerika Utara dan Eropah. Industri ini mempunyai serba kemungkinan untuk terus maju. Disebabkan campuran perasaan antara ambisi dan mimpi ngeri, yang dihayun oleh angin globalisasi, penyeludupan manusia sudah menjadi satu perusahaan yang menguntungkan - dianggarkan sekitar US$ 7 bilion setiap tahun, nilainya. Inilah yang dibayar oleh puak yang tertekan kepada kumpulan sindiket bajingan.


Abu Ayat sedang menikmati kemewahan destinasi terbaru pasaran yang ada dengan menyeludupkan manusia daripada kawasan yang dilanda ribut-ribut di Asia Barat untuk memasukki Australia. Orang-orang seperti dia yang ada di Malaysia dan Indonesia telah menubuhkan beberapa sindiket yang membuatkan perjalanan haram itu semakin tercanggih operasinya. Pada 1988, 47 bot mengangkut 200 penumpang telah mendarat di pantai Australia. Pada 1999, angka meningkat membabitkan 80 bot dengan seramai 3,000 penumpangnya.


Pada Oktober tahun sudah, di akhir kemuncak perjalanan itu jumlah yang mendarat meningkat mencecah 2,000. Angka-angka itu adalah jumlah yang ditangkap dan dihumbankan ke dalam pusat tahanan oleh pegawai Australia yang semakin tertekan. Dari situ bermulalah proses menyaring pendatang yang dapat diterima berasaskan fahaman politik mereka dengan pihak yang terpaksa ditolak kerana mereka mahu merobah keadaan hidup yang terdesak. Proses menyaring ini memakan masa, berbulan-bulan sehinggakan penantian yang penuh harapan itu mencetuskan episod pelarian dan rusuhan. Ramai lagi yang akan tidak dapat diambil kira keana lesap begitu sahaja. Bulan yang lalu, dua bot yang sarat dengan penumpang berjumlah 160 orang telah tenggelam dibalun ombak yang garang. Pada 1999, ada satu kapal yang akhirnya tenggelam bersama 200 penumpang di dalamnya.


.....Bersambung......


http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,94749,00.html

The 'Travel Agents'

On the trail of the syndicates smuggling desperate Middle Easterners through Asia to Australia

By MICHAEL WINCHESTER


The heavy-set businessman at the bar moves closer, his eyes narrowing. "Let me ask you," he says in an ominously quiet tone that indicates he will ask only once, "Just who the hell are you?" It is early evening, a near-empty bar in central Jakarta and I'm drinking beer with an expatriate Pakistani - we'll call him "Tareq" - reputed to be a leader of a syndicate that ships illegal migrants through Indonesia and into Australia. The alcohol-primed cheer of the last half-hour has evaporated and the gloves, it seems, are coming off. I explain I'm a journalist researching transnational crime and would like to ask him a few questions.

Tareq arches his eyebrows and purses his lips. He's not taking this well. It's clear he doesn't believe a word and is wondering what sort of idiot I take him for. Worse, as he obviously doesn't believe I'm a reporter, he seems to be assuming - not unreasonably under the circumstances - that I'm some sort of Australian undercover agent, and a stupid one at that. The artless incompetence with which I blundered into this meeting probably does bear a suspicious resemblance to how a real Aussie spy might operate. There's a long, heavy silence. Tareq, I notice, is between me and the door.

It's taken over a month to reach this juncture in a search to establish how some of Asia's newest crime syndicates operate the underground railway from South Asia and the Middle East into Australia. Week after week since mid-1998, boats laden with Middle Easterners have been caught heading for islands off northern Australia where the new arrivals - documents consigned to the waves - can claim asylum as political refugees. The tide is alarming crime fighters and straining Canberra's ties with its neighbors as the numbers flowing from Tehran and Karachi, through Kuala Lumpur and Jakarta, and heading for Sydney and Melbourne grow from the hundreds to the thousands.

But as coincidence would have it, the trail began just a few hundred meters from the bar in, of all places, a McDonald's hamburger joint. It would be difficult to find a culinary experience more brutally homogenized than the Big Mac. But the McDon-ald's in Jakarta's Sarinah Shopping Mall has a flavor conspicuously of its own. Come nine o'clock most nights and its brightly-lit interior assumes the ambience of a sanction-stricken Baghdad flea-market. Around its plastic tables in brooding, conspiratorial cabals gathers a motley assortment of Middle Easterners - Arabs, Iranians, Afghans, Kurds. Almost all are males in their 20s and 30s. There, I first met a group of disconsolate Iraqis who had not made it to Australia - the "Lucky Country" as it bills itself - but had parted with all their money in the attempt. They were stranded, bitter and voluble. And it was from them that I first heard about Abu Ayat, Akbar, and Flight IR840.

FACILITATORS

Stretch a term and you could call Abu Ayat a travel agent. That is, he's in the business of facilitating international travel. What separates this tall, 40-something former engineer from your run-of-the-mill travel professional is that he has no office, answers only mobile phones and has been using aliases like Abu Ayat for so long he must be having difficulty remembering his real name. Plus the bottom line: he can make up to $8,000 per client. One-way tickets only. Cash up front. And no refunds - even if you could find him again.

Abu Ayat is a "people smuggler." Based in Kuala Lumpur in a pleasant mid- town apartment, Abu Ayat moves between Malaysia, Indonesia and occasionally Bangkok in a business that these days is considerably more lucrative than building bridges. He's part of an industry believed to move around five million people each year - mostly from the Third World to the rich nations of North America and Europe - and with excellent prospects for growth. Driven by a mix of ambition and despair, oiled by economic globalization, people smuggling is shifting a lot of money - at least $7 billion each year according to estimates - from the pockets of the desperate to those of the criminal.

Abu Ayat is cashing in on one of the newer ends of the market - shipping people from the unrest and economic stagnation of West Asia to Australia. Thanks to syndicates run by men like him in Malaysia and Indo-nesia, that movement is becoming highly organized and accelerating. In 1998, 47 boats and 200 passengers reached Australian shores. In 1999, it was some 80 boats and over 3,000 passengers. Last year, by October with the year-end "high-season" to come, the figure was nearly 2,000. Those are the ones that are caught - and thrown by the once-relaxed but now-paranoid Australian authorities into overflowing detention centers. The process of weeding out those fleeing political oppression, who can stay, from those merely fleeing poverty, who can't, stretches from weeks to months, and the spirit-sapping wait has led to several dramatic break-outs and riots. Others will remain forever uncounted. Last month, two boats headed from Indonesia for Australia are believed to have gone down with 160 would-be immigrants on board. One vessel that apparently sank in 1999 with all lives lost carried over 200.


.....to be continued......


Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html