Laman Webantu KM2A1: 3560 File Size: 7.4 Kb * |
Khalil Yaakob Digugurkan dan Tengku Adnan Jadi Menteri? By Dahlia 9/1/2001 7:57 pm Tue |
PENYUSUNAN KABINET YANG MENDEBARKAN
[Indahkah khabar daripada rupa atau khabar sengaja ditiup untuk
menguji air muka? Itulah sedikit sentuhan biasa Mahathir yang memang
gemar menukar rentak untuk membaca beberapa isyarat. Mungkin kita
belum lupa kisah (benar?) 'kejatuhan kuda' dan 'jantungnya meragam
tiba-tiba' satu ketika dulu. Dia bolehlah dikatakan mendapat sesuatu
dengan berita-berita seperti itu. Sdri Dahlia menyorot beberapa kisah
yang bakal membuat ramai pihak tergaru-garu.
Kita baru sahaja dikejutkan dengan orang muda baru(a) Khir Toyo yang
tertipu sehingga menyerahkan Putra Jaya dengan mudahnya. Atau Ainum
Md Said yang berkasih terima dengan lantikkannya sehingga sanggup
memburu walaupun kelabu tetapi membisu pula dengan hujah Datuk Shapei
yang terang selalu. Yang menjaga kementerian pendidikkan pula
nampaknya belum mendapat didikkan yang berwawasan - mungkin beliau
sepatutnya menjadi pelajar perintis sekolah itu terlebih dahulu...
Kita ramalkan Mahathir mahu Berjaya segar semula kerana jantungnya
begitu erat terpaut sejak dahulu kala dengan si dia yang sudah tenat
dan terdesak itu. Perubahan kabinet akan menjawab semua persoalan
yang mendebarkan dan angin itu sudah mula bertiup kencang. Mungkinkah
Ku Li menjadi pahlawan upahan? - Editor]
Di sekitar Kuala Lumpur, sejak petang semalam (8 Januari) lagi sudah
kedengaran desas desus perubahan kabinet, bertolak dari perletakan jawatan
HaMid OthMan di Jabatan Perdana Menteri.
Mungkin tidak memeranjatkan jika Khalil Yaakob digugurkan dari jawatan
menteri atas alasan beliau perlu menumpukan usaha dan tugas parti (umno)
yang selama ini tidak ada sesiapa yang dapat melakukannya sepenuh masa.
Menurut sumber, "tengku" Adnan Mansor (tAM), adalah manusia yang terlibat
secara langsung dalam menyebarkan surat dan buku fitnah terhadap DSAI akan
dinaikkan pangkat ke jawatan menteri sebagai menteri Wilayah Persekutuan. Di
kalangan pemimpin umno, pemberian pangkat dan jawatan kepada tAM tidak
memeranjatkan. Beliau terkenal antara manusia paling setia dalam barisan
kepimpinan umno yang menjalankan perintah Mahathir tanpa soal jawab,
sehingga beliau telah menggunakan wang yang begitu banyak untuk mengedarkan
buku-buku dan surat layang kepada ahli umno berkaitan dengan salah laku
DSAI. Malah beliaulah yang bertanggungjawab melakukan pengedaran buku fitnah
terhadap Anwar Ibrahim dengan arahan memandanya itu!!
Mungkin sukar utk tAM nafikan pembabitan beliau dalam konspirasi jijik ini,
kerana secara rahsia juga penglibatan beliau terbongkar apabila alamat yang
sering digunakan untuk menghantar bahan fitnah ini akhirnya diterima oleh
seorang pemimpin umno yang mengatakan bahawa, hanya tAM saja yang
menggunakan alamat tersebut dalam segala urusan umno. Dan alamat itu juga
turut digunakan oleh beliau untuk menghantar sekeping kad raya dan diari
2001 TADMONSORI HOLDINGS kepada semua AJK umno Bahagian/Ketua Pemuda dan
Wanita di seluruh negara, yang beliau turut menerimanya setiap tahun sejak
tAM menjadi setiausaha kerja umno.
Kalau benar bagai dikata, kita ucapkan tahniah kepada manusia durjana yang
bertopengkan senyuman di wajahnya, tetapi bersifat "beraja di mata,
bersyaitan di hati"!! Tahniah juga kepada semua ahli umno yang
bersengkongkol meletakkan manusia durjana ini ke jawatan menteri!
Entahlah, samada benar atau tidak. Mahathir ingin membuat sesuatu yang di
luar dugaan rakyat Malaysia, termasuk para pemimpin umno sendiri. Kalau dulu
jawatan Siti Zaharah juga dikatakan tersalah umum, tak mustahil pertukaran
yang telah dicium baunya ini ditukar juga di saat akhir.
Yang ada dalam kepala saya cuma, ke mana Mahathir nak letak si Hishamudin,
Ketua Pemuda umno yang layu dan kuyu ini. Yang kununnya beria-ia benar
mencabar Mahfuz untuk berdebat, tetapi kemudiannya memberi seribu satu macam
dalih untuk mengelakkan berlakunya perdebatan itu diadakan. Sehingga memaksa
Pak Lah membuat kenyataan, kununnya perdebatan itu akan mengganggu proses
pertemuan biji mata ke mata antara Mahdey dengan YBhg Ust Fadhil Noor dan
Datin Seri Wan Azizah. Pada hal, pertemuan itu juga hanyalah strategi Mahdey
yang sudah kehilangan modal (rujuk artikel Wak Amin berkaitan dengan
perpaduan melayu). Yupe, ke mana si Hisham ni nak dicampakkan? Menurut sumber, tidak mustahil
Shahrizat Jalil akan mengambil tempat Hisham yang kemudiannya akan menjaga
Hal Ehwal pengguna menggantikan Muhyidin Yassin. Lagipun, Hisham dikatakan
tidak berkaliber, tidak ada kredibiliti memimpin dan mentadbir. Cukuplah
diberi jawatan untuk melawat pasar bagi menentukan harga ayam dan beras
setiap kali perayaan besar tiba. Atau sekadar membuat riuh rendah berkaitan
dengan kenaikan harga barang-barang selepas Tahun Baru Cina nanti?
Pun tak pasti juga. Kalau benar bagai dikata, takkan Daim sanggup letak
jawatan seperti HaMid OthMan? Atau .... mungkinkah Muhyidin akan dijadikan
mangsa seterusnya untuk menyandang menteri kewangan kedua?
Bertuahlah badan Muhyidin Yassin! Begitulah dengar khabarnya. Bagus jugak! Lagipun isterinya Masnah tu macam
celebriti dan ligat orangnya. Pasti seronok diundang melayani
menteri-menteri dan delegasi dari luar negara. Pastinya baju kurung dan
kebarung ketat dipenuhi labuci akan ditayang saban hari di majlis-majlis
begitu. Biar orang tahu, isteri Menteri Luar Malaysia yang glamour, ada
kelas. Tak macam isteri Syed Hamid yang dikatakan agak lemah lembut dan
penyegan, bertudung dan tak boleh masuk majlis yang haram-haram!
Ke mana pulak Syed Hamid kalau begitu? Yang pasti kerusi Menteri Penerangan
akan kekosongan jika benar Khalil digugurkan! Apakah Syed Hamid layak ke
situ? Kita tungguuu!! Ini bukan telahan, tapi sekadar gossipping di kalangan pegawai-pegawai kanan
kerajaan di Kementerian-kementerian, termasuk orang kanan umno sendiri.
Tetapi bagi rakyat Malaysia, gossip-gossip begini kadang kala ada betulnya.
Dah banyak buktinya. Cuma Mahathir saja takut rakyat dapat membaca congakan
beliau. Sebab itu terdapat juga suasana kelam kabut di saat akhir untuk
menukar itu dan ini supaya congakan beliau tidak seperti berita yang sudah
tersibar! Tengok sajalah bagaimana jawatan Siti Zaharah dipinda di saat
akhir, sebagaimana jawatan Najib bertukar pada malam sebelum pengumuman
dibuat! Kalau tidak.... Najib sekarang sedang mengira berapa tan baja nak
diedarkan ke tanah-tanah pertanian kelompok, atau mengira-ngira untuk
membuat Konsortium Perkhidmatan Persenyawaan Benih Ikan yang akan diusahakan
oleh isterinya Rosmah Mansorrrr ( Rosmah Dot Dot??).
Cuma kita tunggu saja, dan pastinya ramai juga golongan yang perasan menjadi
menteri akan berputih mata selepas lagi?
|