Laman Webantu   KM2A1: 3539 File Size: 19.8 Kb *



TJ MT KQ: Hak Orang Melayu - Kemana Arahnya?
By Kim Quek

7/1/2001 3:10 am Sun

[Catatan Khas: Artikel ini sungguh bernas. ]

MGG0401

Penterjemah: -MT-


Hak Orang Melayu - Kemana Arahnya?
(Malay Rights: Where Are We Heading?

Oleh: Kim Quek


Lapuran terkini mengenai kesedian presiden PAS dan Keadilan untuk bersemuka dengan Presiden UMNO Mahathir Mohamad dan membincangkan isu hak orang Melayu adalah satu ingatan jelas betapa masih wujud satu garis pemisah berkaitan dengan kesetian kaum dalam percaturan politik negara. Rekahan yang mendominasi politik ini telah mencetuskan perkataan 'kotor ' apabila suasana politik negara dibincangkan sejak empat dekad yang sudah pun berlalu. Inilah juga rekahannya yang akan mengumpil jurang pemisah perkauman itu sehingga mampu menelan semangat perkauman, seandianya keadaan itu tidak ditangani dengan penuh bijaksana oleh kepimpinan PAS dan Keadilan.

PAS dan Keadilan memang sedang digelitik arus gelombang penelitian orang Melayu sehingga mampu menggugat kedudukan mereka. Keadaan ini diperkuatkan agahannya oleh gelagat media tajaan UMNO yang terus memainkan api sentimen perkauman yang menakutkan dan juga menaikkan amarah, setiap hari. Lantas, PAS dan Keadilan menghadapi ugutan yang tidak ketara bahayanya kalau mereka memperlekehkan begitu sahaja acahan UMNO itu.

Sebaliknya, perbincangan perpaduan satu kaum yang mahu dibincangkan oleh Mahathir dengan membabitkan tiga parti politik ini mencerminkan satu usaha yang menyanggah asas perjuangan Barisan Alternatif (BA). Ia akan meminggirkan rakan-rakan bukan Melayu dan menggugat semangat sokongan orang Cina terhadap BA, seperti yang amat jelas dan menonjol dan tanpa was-was dibuktikan oleh mereka pada pilihanrya kecil Lunas yang baru berlalu.

Oleh itu, kemanakah kita selepas ini?

Jawapannya terletak kepada isu sebenar kepentingan masyarakat Melayu itu. Mereka terpaksa membuat pilihan di antara kesinambungan kuasa pemerintahan Mahathir yang penuh bergelumang dengan korupsi dan kronisme dalam isu hak Melayu itu. Ataupun, mengasaskan satu bentuk kepimpinan yang baru, merangkumi insan yang berbilang kaum yang mampu menegakkan kepimpinan yang telus dan bersih dan kerajaan yang berwibawa.

Bagaimanakah gerangannya berribu juta wang rakyat marhaen untuk yang diperah membantu kemalapan usaha niaga para kroni yang muflis (seperti penyuntikan sekitar 6 ribu juta kepada Renong dan LRT serta 1.8 bilion kepada Tajudin untuk menyelamatkan MAS) dapat membantu keadaan hidup tertekan masyarakat rakyat marhaen itu? Bagaimana pula gerangannya ketiadaan daya saing dan ketelusan dalam pemberian kontrak kerajaan yang bernilai ribuan juta kepada para kroni itu dapat memperbaiki daya saing peniaga Melayu secara amnya? Dapatkah pembaziran yang beribu juta nailainya itu membantu proses menaikkan martabat kewangan Melayu marhaen?

Segala jawapan kepada soalan di atas akan menyerlahkan betapa kerajaan Mahathir sudah menyamun berbilion hak rakyat Melayu marhaen dengan segala tipu daya dan kelentongan. Mahathir menggunakan hak keistimewaan Melayu itu sebagai cogankatanya untuk menopengi kerja bajingannya sehinggakan segala faedah yang sepatutnya dinikmati oleh Melayu marhaen itu lesap dibalunnya. Dalam usaha bajingannya itu, Mahathir telah menyuntik satu budaya kerja yang memilih kasih dan pemberian faedah tanpa daya saing hingga menyuburkan budaya politik wang dan korupsi. Bukti yang paling menyerlah kepada dua budaya jijik ini terletak kepada keruntuhan yang kini dialami oleh kebanyakan perniagaan para kroni dan takun-taikun pilihan Mahathir dan juga kepada penolakan orang Melayu terhadap UMNO yang sudah dianggap sebagai satu jentera politik yang sungguh korup yang kewujudannya untuk membenarkan para pemimpin politik terus bergelumang dalam lumpur kehinaan rasuah .

UMNO menabur fitnah bahawa orang Melayu sudah berpecah. Perbincangan yang dicadangkan itu bertujuan untuk menyatupadukan kembali orang Melayu. Memang benar, orang Melayu sudah pun berpecah. Tetapi, perpecahan itu adalah di antara sebilangan besar orang Melayu yang menyahut saranan Anwar Ibrahim agar kebenaran dan keadilan ditgegakkan di negara ini. Yang ditentang adalah kumpulan minoriti yang masih terpaut pada rasukan kuasa Mahathir yang korup dan zalim kerana para penyokongnnya itu masih mengharapkan sesuatu keuntungan daripada agihannya.

Apakah kesan perpecahan kepada satu bangsa yang dipisahkan oleh pemikiran politik? Orang Cina di Malaysia telah berpecah berdekad lamanya disebabkan politik. Mereka menjadi berpuak-puak menyokong perjuangan lurus DAP di pihak pembangkang dan menyokong perjuangan yang penuh kerakusan, MCA dan Gerakan dalam Koalisi Pemerintah (BN). Namun dalam kewujudan perpecahan itu orang Cina tidak pernah mempamirkan kecurigaan terhadap masa depan (destini) mereka yang digugat oleh perpecahan itu sehingga mencuit hati mereka untuk mengadakan satu majlis khas agar semua parti politik yang terbabit bersidang membincangkan perpaduan orang Cina. Cuitan rasa ini sudah pasti menggerakkan pertemuan di meja perundingan parti politik yang mendominasi kaum Cina seperti MCA, Gerakan, DAP dan SUPP. Sebagai satu kumpulan kaum, orang Cina harus merasa sangsi terhadap perwakilan politik dan kedudukan mereka dalam perlembagaan negara yang semakin berkurangan disebabkan kerapnya dilakukkan pindaan kepada perlembagan negara itu.

Sewajarnya orang Melayu harus meraikan kelahiran pergerakan Reformasi sebagai satu kebangkitan daripada era pengabdian oleh UMNO yang mengamalkan politik feudal berbau perkauman. Di zaman pembangunan IT dan globalisasi, cabaran masa depan orang Mealyu tidak ditentang oleh kaum Cina di Malaysia ini tetapi ia akan datang daripada saingan yang berada di luar negara. Terpulanglah, apakah kita akan bangkit bersama sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah satu bendera ataupun terus dilekakan untuk ditelan oleh perjalanan sejarah.

Mereka dalam PAS dan Keadilan yang bersedia berbincang dengan Mahathir mengenai perpaduan Melayu itu harus membuat pertimbangan apakah yang akan mereka perolehi akhirnya untuk parti mereka, untuk orang Melayu dan untuk negara yang mereka cinta.

Mereaka mesti menyoal diri sendiri: Apakah kepentingan orang Melayu sedang digugat dan diserang? Apakah hebat sangat serangan yang mereka hadapi itu sehinggakan mereka sanggup menyanggah prinsip asal mereka sanggup merungkai sokongan bukan Melayu untuk semata-mata duduk semeja dengan seorang insan yang telah mengajar kita bahawa dialah manusia berhati syaitan yang membawa suasana kesyaitanan di negara ini? Apa akan jadi kepada kewibawaan mereka itu? Di manakah perginya janji merka terhadap keadilan, kesamaan, demokrasi dan pemerintahan yang berwibawa?

Tidak ada insan yang waras yang sanggup menafikan walaupun sejenak cuma, bahawa tidak ada bangsa lain selain daripada orang Melayu yang akan terus mewarisi kuasa politik di negara ini. Sama ada Barisan Nasional ataupun Barian Alternatif yang akan menerajui arena politik negara ini melalui pilihan raya umum negara, kuasa politik itu akan terus kekal di tangan orang Melayu. Cuma ada perbezaan antara dua puak itu: Yang pertama akan terus memainkan api perkauman untuk terus memerintah seperti biasa, sedangkan yang lagi satu akan terus memberi penekanan kepada prinsip moral dan keunggulan demokrasi. Sudah tentu, tidak ada sesiapa yang sanggup meminda perlembagaan untuk membasmi ataupun mengurangkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputara Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Artikel 153 dalam perlembagaan itu. Sebarang pindaan terhadap perkara itu pun tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan orang Melayu.

Bukannya sukar untuk memahami tindakan Mahathir mengajak PAS dan Keadilan di waktu ini. Sayap pemuda kedua-dua parti telah bertindak bijak menolak ajakan Mahathir itu sambil membogelkan motif sebenar ajakan itu ialah untuk memesongkan perhatian umum kepada masalah peribadinya. Kepimpinan Mahathir dalam UMNO memang sudah sampai ke tahap yang amat menggugatnya. Ini adalah ekoran ranapnya kubu kuat UMNO di negeri kelahiran Mahathir sendiri dan ia berlaku setelah pengundi Cina berpaling tadah menyokong BA. Keaiban ini diikuti pula secara bersiri akan segla skandal kewangan yang menyebabkan Maharthir membuat tindakan penyelamat untuk membantu para kroni dengan menggunakan dana kerajaan. (Tajuddin dan Renong memerlukan hampir 8 ribu juta). Mahathir telah dikritik dengan hebatnya kerana tindakannya itu oleh para pemimpin UMNO sedangkan sikap begitu tidak pernah berlaku sebelum itu. Apabila orang Cina dan Melayu sudah memperlekehnya, ketokohan Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri negara ini sudah sampai menjerumus di bibir longkang keaiban yang dalam.

Sebarang usaha untuk menyetujui ajakan Mahathir membincangkan perpaduan Melayu adalah laksana mencampakkan satu tali penyelamat ke arah seseorang yang semakin tenggelam. Semua TV dan radio serta akhbar perdana di negara ini di kuasai oleh Barisan Nasional. Semua media itu sedang galak sakan mencanangkan pertemuan itu. Tidak ada sesiapa yang dapat menjaminkan bahawa pertemuan yang dirancang itu tidak dijadikan bahan propaganda di mana Mahathir ditonjol sebagai saoarng wira bangsa yang mampu menyatupadukan kembali satu bangsa yang dikatakan sedang berpecah.

Untuk menolak ajakan Mahathir membincangkan kisah bersatu padu itu, semua orang Melayu harus diberitahu dengan penuh keyakinan dan kebenaran. Ketua sayap pemuda PAS dan Keadilan telah berlaku bijak mengorak langkah yag betul. Memang tidak ada krisis yang tercetus disebabakan perpaduan bangsa yang renggang. Krisis yang ada hanya wujud di kalangan kepimpinan UMNO yang telah membalun segala hak rakyat marhaen atas nama hak keistimewaan orang Melayu, semata-mata untuk membesarkan tembolok mereka dan para kroni. Mereka telah memporakperandakan ekonomi negara disebakan pengurusan yang tidak cekap dan korupsi. Mereka telah merobek-robek perlembagaan negara hingga kemerdekaan negara tercemar dan integriti semua institusi negara terpalit sama. Mereka inilah yang telah mengecewakan marhaen Melayu. Mereka inilah sepatutnya dihumban jauh-jauh dan dihukum. Seharusnya mereka tidak diberi peluang langsung untuk membangkitkan isu perpaduan Melayu ataupun perbincangan apa sahaja.

Sebagai rakyat yang taat dan setia kepada negaranya, kita (kami) menyokong dan mengalu-alukan pendirian tidak berbelah-bagi yang dilakukan oleh Kertua Pemuda PAS dan Keadilan.

-Kim Quek-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:



MALAY RIGHTS: WHERE ARE WE HEADING?

05.01.2001

Recent press reports of PAS President's and Keadilan President's willingness to hold talks with UMNO President Mahathir Mohamad on Malay unity is a stark reminder to all Malaysians that the fault line of racial allegiance in Malaysian politics is still very much alive and potent. This fissure, which has dominated politics and has made politics a dirty word in this Country for the past 4 decades, may crack wide open and engulf all Malaysians, if not handled with care and wisdom by PAS and Keadilan.

On the one hand, both PAS and Keadilan are facing potential ground swells of Malay concerns of their interests being endangered (what with UMNO-controlled media inciting Malay fears and angers almost daily), and run the risk of being accused of forsaking the well being of the Malay race, if UMNO's unity calls are ignored.

On the other hand, this kind of mono-racial unity talks across party lines with Mahathir runs contrary to the ideals and struggles of Barisan Alternatif (BA). It will alienate the non-Malay partners and jeopardize the decisive swing of Chinese support towards BA, so conspicuously and so heartwarmingly exhibited in the recent Lunas By-election.

So, where do we go from here?

The answer lies in the issue of what constitute the genuine interests of the Malay masses. A continuation of Mahathir's rule of rampant corruption and cronyism in the name of Malay rights, or a brand new and genuinely multi-racial leadership of clean and efficient government?

How would the continued massive haemorrhage of billions of public funds for the benefits of the cronies (exemplified most recently by the cash infusion of 6 billion to Renong re the LRT and 1.8 billion to Tajuddin Ramli re MAS) help to increase the wealth of the Malay men-in-the-street? How would the complete absence of competition and transparency in the award of billions worth of government contracts to a few selected cronies improve the competitiveness of the Malay businessmen in general? How would these billion ringgit spendings at inflated prices uplift the financial standings of the ordinary Malays?

The answers to these questions would show that Mahathir's Government has squandered billions under the camouflage of Malay rights without bringing commensurate benefits to the Malay society in general. In the course of it, Mahathir has brought into being a business culture of privileges and non-competitiveness and a political culture of money politics and corruption. The most eloquent testimony to these 2 cultures are the virtual collapse of most of the crony enterprises and tycoons that sprang up in Mahathir's reign and the rejection of UMNO by the Malays as a corrupt and self-serving political organization.

UMNO claims that the Malays are split, and that the proposed unity talks are to re-unite the Malays.

True, Malays are split. But the split is only between the great majorities who have rallied to Anwar's call to uphold truth and justice, against the small minority who have clung on to Mahathir's corrupt and oppressive regime for selfish and pecuniary considerations.

What is wrong with a split within a race on political grounds? The Chinese Malaysians have been split for decades between those supporting the righteous DAP in the Opposition and those supporting the sycophantic MCA and Gerakan in the Ruling Coalition; and yet they have never been so alarmed by their racial destiny being threatened by this split that they have to call for an across the party conference on Chinese unity among the Chinese dominated parties of DAP, MCA, Gerakan and SUPP to defend their racial interests. This, in spite of the fact that the Chinese as a racial group should have more reasons to feel insecure, being in the minority and having their political representation and constitutional positions reduced through successive amendments to the Constitution.

In fact, Malays should celebrate the birth of the Reformasi movement as renaissance from decades of enslavement by UMNO's feudal and racial politics. In this day of breath-taking IT advancement and globalisation, the challenge to the Malay destiny comes not from the Chinese Malaysians, but from competitors beyond our shores. It is now a case of either we buck up as a united nation and raise our competitiveness collectively and cohesively as a unified people, or we perish in the relentless and accelerating march of history.

Those in PAS and Keadilan contemplating Malay unity talks with Mahathir must consider what they can gain by holding such talks for their parties, for the Malays and for the Country.

They must firstly ask themselves: Are Malay interests under siege? Are these threats so pressing that they must risk contradicting their principles and loosing non-Malay support to sit down with some one whom they have taught us to believe to be the root cause of the evils that bedevil our beloved Country now? Where is their credibility? Where are their lofty promises of justice, equality, democracy and good governance?

No sane person could doubt even for one fleeting moment that any race other than Malay can hold political power now and for generations to come. Whether it is Barisan Nasional or Barisan Alternatif that wins in the national election, political power will still be firmly in the hands of Malays. The difference between these two is: the former will continue to flash the racial cards to carry on business as usual, while the latter will stress more on moral principles and democratic ideals. And certainly no one is contemplating a constitutional amendment to abolish or reduce the ˇ§special position of the Malays and natives of Sabah and Sarawak as enshrined in Article 153 of the Constitution. Nor is such amendment considered remotely possible without the consent of the Malays.

It is not difficult to understand why Mahathir has chosen to hold Malay unity talks with PAS and Keadilan at this time. To the credit of the Youth Wings of these 2 political parties, they have instantly rejected Mahathir's call for these talks and exposed Mahathir's ulterior motives, which are to divert attention from his present predicament. Mahathir's leadership position within UMNO has plunged to danger level, following a humiliating electoral defeat in an UMNO stronghold within his home ground, made possible by a decisive switch of Chinese support to the Opposition BA. This was followed quickly by a succession of financial scandals where massive government funds are used to bail out his cronies (Tajuddin & Renong, totaling almost RM 8,000 millions). For these fiascos, Mahathir has been openly criticized and condemned by UMNO leaders, a development that was considered unimaginable only a short time ago. Repudiated by Malays and Chinese alike, his standing as the Prime Minister of this Nation has sunk to the lowest in memory.

Hence, agreeing to hold a grand meeting of Malay unity with Mahathir at this crucial time would be tantamount to throwing a lifeline to a drowning man. With the immense capacity of Barisan Nasional to spread false propaganda through the electronic and printed media (all TV and radio stations and all newspapers are under the iron-fisted control of the Ruling Coalition), no one can be certain that this unity talk would not be turned into a publicity extravaganza where Mahathir may yet be ballyhooed as the unifier and saviour of the Malay race.

To reject Mahathir's call for unity talks, Malays have to be told and convinced of the truth. In this respect, the Youth Leaders of both PAS and Keadilan have eminently risen to the task. They have rightly pointed out that there is no crisis arising from the lack of Malay unity. There is only the crisis of moral bankruptcy in the UMNO leadership who has plundered the wealth of this Country in the name of Malay rights to fatten themselves and their cronies. They have failed the Malay masses. They have damaged the economy through gross mismanagement and corruption. They have mutilated the Constitution and destroyed the independence and integrity of all the democratic institutions. They deserve to be rejected and punished. They should not be given a chance to revive through a Malay unity talks or any other phony talk for that matter.

As loyal citizens of this Country, we applaud and support the unequivocal and principled stand taken by PAS Youth and Keadilan Youth.


-Kim Quek-





Status: 302 Found Location: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. URI: /bin/error?error=Your%20script%20produced%20this%20error%3A%20%3Cbr%3E%27chmod%27%20trapped%20by%20operation%20mask%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffdb.pl%20line%20129.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20%2Fm%2FKM2%2Fidx%2Ffz.cgi%20line%20340.%3Cbr%3ECompilation%20failed%20in%20require%20at%20forum.cgi%20line%2020. Content-type: text/html